Mudah Sangat Nak Buat Apam Lempeng! Hanya Guna 5 Bahan Saja

Share

Pernah tak rasa buntu nak buat sarapan untuk anak-anak dan suami? Haa, anda boleh buat Apam Lempeng! Mudah sangat nak buatnya. Makan panas-panas, cicah denga kelapa, sambal bilis atau kari. Memang terbaik!

Kalau rasa nak makan macam di MacCafe, sapukan saja butter Dan madu. Dah macam pankek dah. Sedap sangat!

Perkongsian resipi daripada Umi Watie

ini sangat gebu, lembut dan wangi. Buatlah, anak-anak mesti suka.

APAM LEMPENG

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 biji telur
Secubit garam
5 sudu besar gula (saya guna gula perang)
1 sudu besar yis – beli online di sini
2 cawan air

CARA-CARA:

1.Campurkan semua bahan dalam bekas. Air tu suhu bilik saja. Tak perlu guna air panas atau air sejuk.


2. Kacau-kacaukan semua bahan supaya sebati. Kalau suka manis, boleh tambah lagi gula ya.


3. Dah sebati pun semua bahan. Perap selama 15 atau 20 minit ya.


4.Lepas 15 minit perap, adunan dah elok berbuih. Itu tandanya yis kita hidup.


5. Panaskan kuali. Saya guna kuali anti lekat. Sapukan marjerin planta. Bubuh sesenduk atas kuali yang panas. 1 adunan dapat 12 keping.


6. Bila belah atas dah elok kering, terbalikkan. Guna api kecil saja.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN