Mudah Rupanya Nak Buat Kek Tapak Kuda Dengan Inti Nutella

Share

Buat penggemar coklat, mesti suka dengan kek tapak kuda ni, sebab menggunakan topping nutella.

Nampak macam susah tapi rupanya senang je nak buat kek ni. Resipi yang dikongsikan Shela Bahari ini, sesuai walaupun pertama kali nak buat kek.

Yang pasti, kena ikut petua dan tip yang diberikan Shela ini, kek pasti menjadi cantik dan lembut.

 

KEK TAPAK KUDA

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur gred B (kalau guna gred A, 4 biji / telur gred C, 5 biji)


½ cawan tepung (saya guna tepung Hong Kong, kalau guna tepung gandum pun boleh tapi lebihkan susu tepung) – beli online di sini
½ cawan gula – beli online di sini
Sedikit baking powder
1 sudu besar ovelet
3 sudu besar susu tepung – beli online di sini
½ cawan marjerin (dicairkan) – beli online di sini

CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar semua bahan kecuali marjerin, sampai kental dan gebu.
2. Bila dah kental, baru masukkan marjerin. Kacau lagi.
3. Tuang dalam loyang (saya guna loyang saiz 9). Ratakan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C api atas bawah selama 35 minit.
5. Bila dah masak, keluarkan. Tunggu suam sedikit atau sejuk, baru sapukan topping yang dikehendaki (saya letak topping nutella).


6. Gulung dengan menggunakan plastic wrap yang boleh dapati di kedai bakeri.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

*kek ini boleh tahan 4,5 hari kalau di luar dan sebulan jika disimpan dalam chiller.
*kalau guna tepung yang ada serbuk penaik, lebihkan susu tepung untuk kek lebih gebu.
*untuk adunan ini boleh dapat 2 biji kek tapak kuda (saya potong dua bila guna loyang saiz 9)

Kredit resipi: Shela Binti Bahari Bahari

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN