Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuih Angku Tanpa Acuan

Share

Kuih Angku atau kuih kura-kura merah, salah satu kuih-muih tradisional masyarakat Tionghua dan Baba Nyonya.

Inti di dalamnya boleh diletakkan sama ada kacang merah, kacang tumbuk atau kacang hijau.

Menerusi perkongsian resipi daripada Carolyn Tan, kuih ini boleh juga dibuat tanpa menggunakan acuannnya.

Jadi, jika anda teringin untuk makan dan buat kuih angku ini, tapi tidak ada acuannya, jangan risau. Boleh saja buat tanpa acuan.

 

RESIPI HOMEMADE KUIH ANGKU

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung pulut – beli online di sini 
1 sudu besar tepung gandum (optional) – beli online di sini
2 sudu besar gula – beli online di sini


Kacang tanah | disangai dengan pan atau airfryer tanpa minyak, kemudian ditumbuk – beli online di sini
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna merah
Air
Daun pisang
Minyak sayur

TONTON Minit Ekspress: Omelette Lipat 

TONTON Gerenti Jadi S3 EP12: Mudahnya Masak Nasi Ulam Seri-Aji® 

CARA-CARA:

1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, garam, gula dan pewarna merah. Gaul sebati. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.


2. Adunan tidak terlalu lembik dan terlalu keras.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Campurkan kacang yang telah ditumbuk dengan gula.

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]


4. Sapu minyak sayur (boleh juga guna minyak masak) di permukaan daun.


5. Uli dan bulatkan doh. Saiz doh ikut anggaran yang boleh digigit.


6. Buat lubang pada doh. Nipis mesti sama supaya senang ditutup dan sama ketebalan.

7. Sumbatkan inti kacang. Tidak apa overcrowded

, tidak perlu jaga jarak, nanti tidak cukup inti, tidak sedap pula. Tutup hujung doh supaya inti tidak terkeluar.


8. Bulatkan doh dan letak di atas daun pisang yang sudah disapu dengan minyak sayur.

9. Leperkan doh. Leper besar-besar tutup 1/3 daun pun boleh. Bergantung dengan berapa gigitan anda mahu.


10. Uli semua doh dan susun dalam pengukus.


11. Bila air sedang mendidih (guna api setengah kuasa/ medium-high), letakkan pengukus dan kukus selama 5 minit. 5 minit ja, kejap ja tu, jangan lama-lama, jangan kejap-kejap.


12. Sudah siap dikukus, biar kuih sejuk di dalam pengukus. Sapukan minyak sayur di permukaan kuih supaya kuih tidak melekat jika disusun bertingkat.

*Tiada pengukus, boleh buat mcm ini. Guna periuk, apa-apa periuk, leper pun boleh, asalkan air tidak sampai atas rak besi tu. Jadi bila air sedang mendidih, letak rak besi yang sudah disusun kueh, pandai-pandai letak. Pastu penutup periuk perlu dibalut dengan kain, kain bersih tau, kalau kotor nanti harum semerbak kueh kamu, tujuan balut dgn kain supaya tiada wap air yang jatuh ke atas kueh, tutup periuk. Kukus selama 5 minit. 

Kredit resipi: Carolyn Tan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN