Mudah Betul Nak Buat Bingka Ubi Kayu Karamel Rasa Lemak Manis

Share

Resipi sedap dan mudah untuk bingka ubi kayu. Kuih bingka ubi ni antara kuih lejen yang disukai ramai orang.

Kali ini, kita buat istimewa sikit dengan tambahan karamel, seperti dalam resipi yang dikongsi Iedaa Jahaya.

 

UBI KAYU KARAMEL

BAHAN-BAHAN:

½ kg ubi kayu
¾ cawan gula kastor – beli online di sini


1 cawan santan pekat – beli online di sini
1 ¼ cawan santan cair
Sedikit garam

TONTON Dapur Rasa Live Bersama Sis Mas: Sotong Masak Cili

TONTON Kari Udang MELETOP | Rasa Live Bersama Sis Mas

CARA-CARA:

1. Ubi kayu diparut, kemudian diperah airnya. Toskan. Kalau ingin haluskan lagi tekstur, kisar dengan santan cair.


2. Kemudian, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

UNTUK KARAMEL:
7 sudu makan gula pasir

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

CARA-CARA:

1. Masak gula pasir dahulu atas api sederhana hingga cair dan keperangan.


2. Kemudian, tuang ke dalam loyang 6 inci. Ratakan seluruh permukaan loyang. Biarkan selama 5 minit.


3. Akhir sekali, tuang adunan ubi tadi. Tekan-tekan supaya adunan menjadi padat. Panaskan kukusan. Kukus selama 30 minit.

Kredit resipi: Iedaa Jahaya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN