Mi Sup Pedas Ala Cina, Senang Je Nak Buat Rupanya

Share

Kalau biasa tengok rancangan mukbang Cina, mesti ada menu mi sup pedas dengan telur rebus. Nama betul menu ini ialah Hot and Sour Glass Noodle Soup 酸辣粉, Suan La Fen.

Memang sedap dan cara buatnya pun sangat senang. Resipi yang dikongsi Zurina Zulkefli ini menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

 

MI SUP PEDAS ALA CINA

Terdapat 4 bahagian utama yang perlu disediakan:

A. Minyak Cili
B. Air rebusan stok ayam
C. Mi Kanji Ubi (Potato Noodle)


D. Telur rebus

TONTON Spageti Sos Rendang | Dapur Rasa Live

TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live

BAHAN MINYAK CILI:

*1 sudu besar chili flakes
*2 ulas bawang putih | dicincang halus – beli online di sini
*1 sudu kecil biji bijan – beli online di sini
*1 sudu besar cuka makan/cuka hitam – beli online di sini
*4 sudu besar kicap cair – beli online di sini
*Sedikit garam
*Serbuk lada sinchuan lagi sedap (optional)
3 sudu besar minyak masak/minyak bunga matahari/minyak bijan – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

 

CARA BUAT:

1. Sediakan satu mangkuk kecil. Masukkan bahan-bahan bertanda * di atas dan gaulkan.

2. Panaskan minyak masak/minyak bunga matahari/ minyak bijan. Langsung tuang minyak panas tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi.

MI KANJI UBI (POTATO NOODLE)

1. Kalau biasa buat Japchae, mesti guna mi jenis ni. Ada jual di pasaraya besar.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


2. Rebus mi ni selama 10 minit untuk dapat tekstur betul-betul lembut. Toskan dan letak di dalam mangkuk. Tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.


3. Masukkan air rebusan atok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam je.
4. Siap. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. Masukkan telur rebus.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN