
Nampak macam ala-ala, tapi mi segera goreng bujang ini memang sedap, pedas terangkat, lima minit siap boleh makan. Orang bujang wajib cuba sebab senang dan sedap, kalah mi segera goreng mamak. Jadinya cuba dulu baru tahu…
MI SEGERA GORENG BUJANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket mi segera | rebus seketika dan tos
- Sedikit hirisan isi ayam
- Sedikit hirisan fish cake
- Sedikit hiris sawi
- Sedikit hirisan kobis
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 4 biji cili padi merah | hiris
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos cili
- Sedikit garam jika perlu
- Sedikit minyak masak untuk menumis
DIY MEMASAK:
.
LANGKAH 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih serta cili padi hingga wangi.
.
LANGKAH 2: Masukkan fish cake dan isi ayam, kacau rata.
.
LANGKAH 3: Masukkan mi segera dan kacau lagi.
.
LANGKAH 4: Masukkan sayur-sayuran (sayur ni ikut suka)
.
LANGKAH 5: Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.
.
LANGKAH 6: Akhir sekali masukkan sos cili, gaul rata sehingga cukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Ikan + Minuman Dari Halia, Makanan Sunnah Elok Dibuat Berbuka

Halia biasa kita guna untuk menghilangkan hanyir ayam , ikan dan daging dalam masakan kan. Ia juga memberi aroma dan rasa yang sedap dalam masakan .
Tahukah anda sebenarnya halia juga adalah salah dari makanan yang ada disebut dalam Al-Quran. Dalam Ayat 17, surah Al Insan yang bermaksud: “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya zanjabil’. (ayat17, Surah Al-Insan).
Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu.
Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.
Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampurkan dengan lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin dalam badan.Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.
Halia juga boleh mengubati penyakit, kekurangan tenaga, pening kepala, dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.
Ni 2 resipi yang menggunakan halia dalam ramuan, cubalah dah tentu dapat khasiatnya sekali.
IKAN JENAHAK KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan jenahak | siang dan bersihkan
- 1/2 cawan minyak sayuran
- 1/4 cawan hirisan halia segar
- 2 biji bawang merah | cincang
- 1 biji cili merah | hiris
- 2 sudu makan kicap soya
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK:
1. Kerat ikan kepada tiga atau empat bahagian.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sayuran. Goreng ikan hingga bertukar menjadi kekuningan di kedua bahagian. Angkat ketepikan.
3. Masukkan hirisan halia dan tumis hingga wangi dan lembut. Tambah hirisan bawang merah, cili merah, daun ketumbar dan kicap soya. Masak untuk beberapa ketika dan tambah air secukupnya. Jika ingin berkuah, masukkan lebih air. Begitu juga sebaliknya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan kembali ke dalam kuali. Gaul sebati. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu tambah garam jika sudah cukup masin.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Moden
Keistimewaan : Rasa ikan berlemak , manis dan berjus
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
ORANGE, LEMON, CARROT & GINGER ZINGER JUICE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji oren | buang kulit dan biji
- 1 biji lemon | buang kulit dan biji
- 1 inci halia segar | buang kulit
- 10 – 12 batang lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar minuman dan kisar hingga ia lumat.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia dinikmati.
Petua Buat Roti & Donat Homemade Yang Mulus Lagi Gebu

Ramai yang suka makan roti, donat, pau sambal homemade dan sebagainya. Namun bila cuba buat sendiri ada kalangan tekstur tidak terlalu gebu. Saudari Suhasnida Ismail berkongsi satu resipi doh roti mulus yang serbaguna. Anda boleh guna resipi ini untuk membuat roti, donat dan burger Malaysia. Jika nak buat roti manis, hanya tambahkan gula mengikut cita rasa masing-masing.
Pesan empunya resipi, jika buat betul-betul Insyaallah hasilnya pasti menjadi. Tentu akan ada yang tidak berpuas hati dengan hasil masakan semasa kali pertama mencuba. Namun jangan putus asa, teruskan berlatih dan mencuba. Lama kelamaan anda mampu menghasilkan produk hebat seakan beli dari kedai roti terkenal.
RESEPI DOH UNTUK BUAT DONAT & ROTI HOMEMADE YANG MULUS (SERBAGUNA)
BAHAN-BAHAN:
700gm tepung high protein/tepung roti – beli online disini
300gm tepung gandum – beli online disini
100gm gula pasir halus – beli online disini
10gm garam halus – beli online disini
2 biji kuning telur
30gm serbuk tepung susu full cream – beli online disini
4gm bakerine plus (bread improver) – beli online disini
550ml air sejuk +-
100gm shortening – beli online disini
BAHAN BANCUH YIS:
15gm yis – beli online disini
20gm gula
50ml air suam
(bancuh dan tunggu hingga berbuih)
CARA MEMASAK:
1.Bancuh yis terlebih dahulu supaya berbuih. Nak campur terus dalam tepung tanpa bancuh pun boleh cuma empunya resipi bancuh dahulu sebab nak bagi cepat kembang.
2. Dalam bekas berlainan, campur bahan-bahan kering dan telur kecuali garam dan shortening. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh.
Info:
- Kalau nak buat 900 tepung high protein dan 100gm tepung gandum pun boleh. Hasilnya lagi lembut dan mulus.
- Kalau nak buat roti manis, tambah gula 180gm -200gm. Terpulang pada cita rasa.
3. Kemudian masukkan garam dan shortening. Uli sampai doh berkilat, licin dan tidak melekat di mangkuk.
4. Rehatkan doh selama 5 minit dan bentukkan. Kalau nak buat roti burger, timbang doh 80gm. Jika nak buat pau Malaysia, timbang doh 30gm-40gm.
5. Rehatkan doh bagi kembang, kemudian sembur dengan susu full cream (ini kalau doh untuk buat roti sahaja). Barulah permukaan roti jadi cantik.
Info:
- Untuk dapatkan roti yang sempurna, doh harus diuli biar berkilat dan licin.
- Step rounding pula kena kemas dan licin. Jangan bagi doh terbuka bila buat bulat bulat tu.
6. Panaskan ketuhar kemudian bakar doh hingga masak. Jika buat doh untuk donat, boleh goreng bila minyak sudah panas.
TIP:
1. Jika buat Donat, jangan overproofing, nanti doh melekat di tangan dan bila angkat nak goreng, doh akan serap banyak minyak. Tidak sedap bila dimakan.
2. Pastikan doh tidak lembik kerana ia juga akan menyebabkan kuih serap minyak apabila digoreng.
3. Empunya resipi suka buat donat menggunakan shortening tetapi jika anda nak guna marjerin pun boleh. Tiada masalah.
4. Untuk membuat roti, empunya resipi suka guna kuning telur kerana ia akan membuatkan serat roti jadi lebih halus dan lembut gebu. Cuma pastikan jangan overproof. Kalau nak guna full telur (kuning & putih) pun boleh. Roti tetap menjadi.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Suhasnida Ismail
Dapatkan lebih banyak resipi ROTI yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti Cinnamon Rolls Dengan Topping Tiramisu Pasti Laku Keras
Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Sangat Gebu & Sedap. Begini Cara Buatnya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Apam Keju & Risoles Daging Sosej Berkeju, Kenyang Sampai Ke Petang

Nak memasak, jom cari resipi yang tak banyak bahan ramuannya. Dapat jimat barang runcit dan bahan di dapur.
Cubalah resipi yang mengenyangkan perut hingga ke petang. Jom semak dua resipi Apam Keju dari Eiyjan Aziean dan Risoles Daging Sosej Berkeju dari Asmawaty N Sofian
Mesti anak-anak suka, ajak dia orang tolong kat dapur.Sementara banyak masa di rumah, inilah masa terbaik mengajar anak memasak kan.
APAM KEJU
BAHAN-BAHAN :
2biji telur gred A atau B
1cawan gula
1sudu kecil ovelete
1cawan susu cair
2 keping keju cheddar
2 cawan tepung naik sendiri
2sudu kecil esen vanilla
*masak susu cair dan keju cheddardgn api sederhana hingga keju larut. Ketepikan
CARA MEMASAK :
1. Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.
2. Masukan susu cair yg dimasak bersama keju tadi, baru masukkan tepung. Ayak tepung dulu yer.gaul rata.
3. Boleh masukan dlm cawan saya guna sudu jer.
4. Kukus api sederhana 8-9 minit.. pstikan air kukusan mendidih dahulu.. selamat mencuba..
Kredit : eiyjan aziean
RISOLES DAGING SOSEJ BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
300gm daging
100gm serbuk Roti
2 biji telur
1 biji kentang
5 batang sosej
6 keping kulit popiah
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk perasa
Mozzarela Cheese (diparut)
CARA MEMASAK :
1. Rebus kentang terlebih dahulu. tetap jangan sampai terlalu lama (takut lembik sangat nanti). Anggaran dalam 5 minit sahaja.
2. Potong kentang, sosej kepada bentuk yang di ingini. panaskan kuali dan tumis bahan-bahan tersebut. Letakkan sedikit lada hitam, garam & serbuk perasa.
3. Letakkan kulit popiah diatas pinggan. Lepas itu letak daging & sosej yang ditumis tadi di atas kulit popiah. Buat dalam keadaan memanjang. Taburkan mozzarela cheese ikut kemahuan anda. Lipat dan gulung risoles itu
4. Salut risoles itu dengan telur yang telah dipukul dan lumurkan ia di serbuk roti
5. Goreng dalam 2-3minit sahaja. Pastikan api dapur dalam keadaan sederhana supaya ianya tidak hitam.
6. Siap untuk dimakan
Resepi : Asmawaty N Sofian
pages Warisan Network
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :