Resipi dari Ainn Mus ni untuk 1kg Mi kuning, sesuai kalau family besar. Antara rahsia kesedapan mi rebus, selain isi keledek adalah air rebusan kulit udang. Ingat kulit udang jangan dibuang, lepas rebus, kisar halus dan tapis. Air rebusan udang tu menambahkan kelazatan tau.
Selain itu udang dan udang kering tu memang manislah kuah mi rebus tu. Haa jangan lokek keledek,dalam satu kg barulah berganda kesedapannya. Berbaloi untuk dicuba mahu bertambah-tambah makan. liciiinnn…
MI REBUS MAMA
Ads
BAHAN-BAHAN :
1kg mi kuning
Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering (Kisar halus semua diatas)
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan kisar A. Agak2 dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak2 lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.
Ads
2. Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi)
3.Garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Lastt skali masuk udang. Agak2 menggelegak boleh tutup api. Udang jgn masak lama, nanti keras tak sodap 😬
Ads
3. Agak2 ok pekat dia mcm mana. Tak cair sgt and tak pekat.
4. So korang tabur tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng and limau!
kredit resepi: Ainn Mus via FB : Rasa Share Resepi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Terasa nak makan karipap tapi tak rajin nak uli doh dan masak intinya? Resipi Karipap Telur ekspress perkongsian saudari Sakura Hanami ini antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hanya perlukan prata segera yang ada dijual di pasaraya dan intinya hanya bahan yang cukup ringkas. Jika mahukan inti yang lebih berperisa, boleh sesuaikan mengikut selera masing-masing. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KARIPAP TELUR EKSPRESS
BAHAN-BAHAN: Roti prata sejuk beu segera (flaky/plain) Telur Cili merah – hiris Bawang besar – hiris Daun sup – hiris Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ambil sekeping roti prata. Letakkan di dalam pinggan berlekuk. Tujuannya supaya telur tidak meleleh keluar bila dimasukkan nanti.
2. Taburkan hirisan cili dan bawang besar hiris dengan secukupnya.
3. Seterusnya pecahkan sebiji telur, tabur sedikit garam dan juga hirisan daun sup dengan secukupnya.
4. Tangkupkan prata dan kelim bahagian hujungnya. Tekstur prata yang lembik, memang agak mencabar untuk mengelim.
5. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana panas dan goreng karipap tadi. Jangan besar sangat nanti doh hangus, tetapi dalam masih mentah.
6. Bila karipap masak, teksturnya berminyak. Jika ada, masukkan karipap ke dalam air fryer untuk mengurangkan minyak. Masak seketika pada suhu 140C selama 10 minit.
7. Jika tiada air fryer, boleh guna teknik sama menggunakan ketuhar. Hasilnya memang tidak berminyak berbanding ditoskan menggunakan tisu.
8. Karipap Telur sedia untuk dinikmati.
NOTA: Prata jenis kosong (flain) juga sedap. Bak kata empunya resipi rasanya sedap, lembut dan rangup halus.
Kalau makan nasi berlauk sedap macam mana pun, kalau tak ada sambal belacan memang tak lengkap hidangan. Bila ada sambal belacan yang sedap dan padu, memang berselera betul kita makan. Ini ada resipi Sambal Belacan Goreng yang dikongsikan Norliza Razali. Boleh simpan buat stok dalam peti sejuk. Sambal Belacan Goreng Sempoi ini sesuai untuk semua jenis masakan juga sama ada makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan ayam atau daging. Jom kita cuba.
RESIPI SAMBAL BELACAN GORENG SEMPOI
BAHAN-BAHAN:
Ikan atau udang, ketam, sotong dan sebagainya (ikut cita rasa masing-masing) Ayam pun boleh
BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL:
Cili padi (jika suka pedas boleh lebihkan) – BELI ONLINE Bawang besar Belacan – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Kisar cili padi, bawang besar dan belacan. Boleh buat banyak dan simpan dalam peti sejuk.
2. Pinggan di atas untuk bahan-bahan sambal yang dikisar manakala pinggan di bawah pula bawang yang digunakan bersama sambal. Lebih banyak bawang lebih sedap.
3. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng sehingga garing. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Masukkan bawang besar. Selepas bawang besar layu, masukkanlah apa jenis lauk yang kita suka.
Burger tepi jalan memang rupanya tak menarik, sos meleleh-leleh tapi rasanya memang terbaik. Lagi sedap daripada burger yang dibeli restoren makanan segera.
Sambil pesan burger kita juga selalu memerhati penjual membuatnya, nampak senang kan. Tapi bila buat sendiri tak menjadi pula, tak sesedap burger yang kita beli di tepi jalan.
Selepas ini kalau nak buat lagi sekali, ikut tip yang dikongsi oleh peniaga burger sendiri, baru rasanya sama sedap. Nak berniaga burger pun boleh guna cara ini ya.
Burger tepi jalan, boleh cuba buat di rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat daging
Wajib guna daging 70g. Tak payah nak jimat sangat. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging nipis, apa cerita?
2. Jangan tekan
Masak daging, jangan tekan semasa menggoreng. Bila tekan jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak marjering sikit, sikit ja. Jangan sampai banjir sebab dalam daging itu sendiri dah ada minyak.
3. Letak perasa
Daging burger kena lubang-lubangkan. Tak perlu belah tengah pun tak mengapa. Kemudian letak seasoning. Boleh guna Lea and Peirin, letak lada sikit, terangkat la.
4. Letak air bawang putih
Air bawang putih ini untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit semasa daging dah masak. Cara membuatnya, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, penutup botol buat lubang-lubang sikit.
5. Api sederhana
Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti sapu marjerin
Pastikan roti letak marjerin penuh dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, jangan meleperkan roti.
7. Lettuce iceburg ganti kobis
Sayur boleh guna ikut cita rasa, selalu orang pakai kobis. Tapi semasa meniaga dulu pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi payah nak dapat hari-hari la. Harga pun agak mahal sikit.
8. Jenis sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top pakai Longson. Payah nak jumpa kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.
9. Mayones
Mayo pulak paling best pakai Nelly. Mahal tapi sapu sikit ja, jangan tuang macam Ladys Choice tu. Sikit pun dah berasa.
10. Keju
Untuk cheese,boleh pakai smoke bbq. Apa-apa brand pun boleh. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah tak beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese, pasal guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.
12. Susunan lapisan burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayones. Yang ini kajian sendiri. Sos dengan mayones kalau boleh asingkan. Mayones bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese, letak atas daging yang panas. Bagi cheese cair melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.
Ayam masak kicap memang lauk tak pernah gagal pikat selera — tapi bila ditambah madu, rasanya terus naik satu level!Gabungan manis, pedas dan berempah...