Mi Maggi Kari Nyonya

Mi Maggi Kari Nyonya

BAHAN-BAHAN

  • 1.2  liter air
  • 3 bawang merah | atau bawang kecil, ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 5 tangkai cili padi | campur cili padi merah & hijau, ditumbuk
  • 4 paket Mi MAGGI® Kari 2 Minit
  • 4 unit tofu goreng | dipotong dadu
  • 150 gram ayam | direbus dan diracik
  • 200 gram susu Rendah lemak
  • 150 gram sawi | dicelur
  • 150 gram taugeh | dicelur
  • 2 telur rebus | dipotong dua
  • 4 limau kasturi | dipotong dua

CARA MEMASAK

  1. Di dalam periuk, masukkan air. Biarkan ia mendidih seketika.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Reneh seketika.
  3. Masukkan Perencah MAGGI 2 Minit Kari, Nestle Susu Penuh Krim Just Milk dan tofu goreng. Reneh selama 3 minit.
  4. Masukkan MAGGI Mi 2 minit Kari, rebus selama 2 minit sehingga mi masak.
  5. Hidangkan bersama ayam rebus, sayur sawi, taugeh, telur rebus dan limau kasturi.

NUTRISI:

  1. Seorang: Tenaga 511.65 kcal, Karbohidrat 56.54 g, Protein 25.92 g, Lemak 20.72 g

Selamat mencuba!

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
- Advertisement -spot_img

Mesti Baca!

- Advertisement -spot_img