Untitled design - 2020-01-20T171800.260

Mi kolok sangat popular di Sarawak. Kebanyakan warung di Kuching menghidangkan atau menjual mi ini. Biasanya ia dihidangkan bersama sup dan juga kicap. Sekiranya anda pertama kali merasanya,pasti akan rasa keunikan dan rasanya yang sedap. Ini kerana penggunaan mi dan kombinasi bebola daging atau kepingan ayam yang sungguh membuka selera.

Buat yang merindui menu ini bolehlah mencubanya. Boleh ikut cara Ain Edruce menyediakan hidangan ini buat bapanya.

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

IKLAN

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

Mi Kolok Simple Dan Sihat Cara Ain Edruce

IKLAN

MI KOLOK SARAWAK

Bahan-bahan utama

3 gulung  mi sanggul
200gm ayam
minyak masak secukupnya
5-7 ulas bawang putih -dicincang
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
Air secukupnya

Bahan-bahan hiasan:

IKLAN

Sawi
Taugeh
Daun bawang -dihiris
Cili api

Cara memasak:
1.Campurkan kicap manis, kicap pekat dan sos ikan.Kacau sebati. Ketepikan.
2.Goreng bawang hingga garing keperangan dan toskan.Ketepikan minyak bawang
3.Letak air secukupnya dalam periuk. Biarkan mendidih kemudian masukkan mi sanggul.Rebus sehingga lembut.Angkat dan tos dengan penapis.
4.Dalam mangkuk, masukkan mi yang direbus tadi. Kemudian campuran kicap.Jika tak cukup rasa tambah lagi campuran kicap. Gaul hingga sebati.
5.Di dalam pinggan letakkan mi tadi .Letak sawi , taugeh ,ayam rebus, daun bawang dan cili api
6. Siap untuk dihidang. Makan bersama semangkuk sup yang ditabur dengan daun sup untuk kuahnya.

Untuk sup:
1. Rebus kepingan ayam sehingga empuk. Ketepikan dan hiris nipis.
2.Air rebusan ayam diletakkan garam dan lada putih

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI