Mi Hailam Udang, Makan Sedap Lauk Pun Meriah

Share

Mi Hailam Udang, Makan Sedap Lauk Pun Meriah. Mi kuah berasaskan kicap yang penuh dengan bahan seperti udang dan sayuran macam ini memang menyelerakan. Sesuai dijadikan menu makan malam. Tak terlalu berat dan penuh nutrisi.

MI HAILAM UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg mi kuning
  • Isi ayam
  • Udang/sotong
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah di tumbuk
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 ikat sawi hijau
  • Bunga kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus baby corn
  • 2 tangkai daun sup & bawang
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh air
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap manis

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kering yang sudah dikisar dan kacau rata sehingga benar-benar masak.
  3. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata
  4. Masukkan ayam, udang atau sotong dan tunggu sehingga masak.
  5. Masukkan garam dan gula sesuai citarasa.
  6. Kemudian masukkan sayur sayuran
  7. Masukkan mi kuning dan kacau rata
  8. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan tomato. Kacau rata.
  9. Matikan api dan tabur daun bawang, sup dan bawang goreng.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Khairul Sharira

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN