Makan

Resipi Mi Hailam Kuah Pekat Paling Sedap! Sekali Masak, Puas Makan Seisi Keluarga

Share

Jika anda sedang mencari Mi Hailam Sedap dengan kuah yang pekat, cukup rasa dan mudah disediakan, resipi perkongsian daripada Mariana Zainal ini memang wajib dicuba. Menurut beliau, sukatan resipi ini sesuai untuk hidangan seramai 10 hingga 12 orang, menjadikannya pilihan terbaik untuk jamuan keluarga atau majlis kecil di rumah.

Keistimewaan resipi ini terletak pada kuahnya yang kaya dengan rasa hasil gabungan cili kisar, sos tiram, kicap manis dan kicap masin. Ditambah pula dengan ayam, udang, sotong serta pelbagai sayuran, setiap suapan pasti membuatkan anda ingin menambah lagi.

Resipi Mi Hailam Sedap & Mudah

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menyediakan hidangan yang enak seperti di restoran. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendapatkan hasil kuah yang pekat dan menyelerakan.

Bahan-bahan Kisar

  • 10 tangkai cili kering (belah tengah, buang biji dan rendam dengan air panas)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit air.

Bahan-bahan Lain

  • 2 senduk minyak masak
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1/4 cawan kicap masin
  • 6 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sedikit bahan perasa
  • 2 liter air
  • 5 biji telur
  • 3 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 peket putik jagung (dipotong serong)
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • Ayam secukupnya (dipotong kecil)
  • Udang atau sotong secukupnya
  • Bebola ikan (pilihan)

Bahan Sampingan

  • Mi kuning (dicelur dan ditoskan)
  • Sawi (dicelur hingga lembut)
  • Cili padi (dipotong)

Cara Memasak Mee Hailam Sedap

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga benar-benar pecah minyak, garing dan naik bau.
  2. Masukkan sedikit bahan perasa, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Masukkan ayam dan tumis seketika sebelum menuangkan air.
  4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan lobak merah dan putik jagung. Biarkan selama satu hingga dua minit.
  5. Masukkan udang, sotong, bebola ikan serta tomato. Masak sehingga makanan laut bertukar warna dan hampir masak.
  6. Tuangkan bancuhan tepung jagung sambil dikacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Apabila kuah mendidih dengan baik, pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah tanpa mengacaunya. Biarkan telur masak mengikut tahap yang diinginkan.
  8. Rasa kuah dan tambah sedikit garam atau kicap masin jika perlu.
  9. Untuk menghidang, letakkan mi kuning dan sawi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas bersama isi ayam, makanan laut dan sayuran. Hidangkan bersama hirisan cili padi jika suka.

Petua Memasak Mi Hailam Sedap

  • Tumis bahan kisar sehingga benar-benar pecah minyak supaya kuah lebih wangi dan tahan lama.
  • Gunakan ayam bersama udang atau sotong untuk menghasilkan rasa kuah yang lebih manis dan kaya.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit bagi mengawal kepekatan kuah.
  • Jangan terlalu lama memasak udang dan sotong supaya teksturnya kekal lembut.
  • Mi kuning sebaiknya dicelur sebentar sahaja bagi menghilangkan bau kapur sebelum dihidangkan.

Mi Hailam Sedap ini memang sesuai dinikmati ketika masih panas bersama keluarga. Kuahnya yang pekat, cukup rasa serta dipenuhi ayam, makanan laut dan sayur-sayuran menjadikan hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan malah sangat memuaskan. Jika anda ingin menyediakan hidangan untuk ramai tetamu, resipi ini memang pilihan yang tepat.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:   

Published by
Nur