Mi Goreng Daging Meletop, Goreng Sekuali Gerenti Habis

Share

Menu petang ni dapat mi goreng pun sempoi juga. Kali ni nak sedap kita letakkan daging. Air daging bila bersatu dengan mi rasa manis dan sedap. Boleh cuba buatnya nanti untuk minum petang bersama keluarga. Gerenti bertambah mereka makan nanti.

 

MI GORENG DAGING MELETOP

Bahan-bahan:

1 paket mi – dibasuh

Sayur sawi

Cili padi

Tomato

Daging ikut suka hati banyak mana,pastikan hiris nipis/lauk lain pun boleh sotong, udang, ayam

3 ulas bawang putih-beli online di sini

1 sudu besar cili boh

4 sudu besar sos tomato-beli online di sini

5 sudu besar kicap manis-beli online di sini

¾ sudu besar gula

 Untuk hiasan:

Bawang goreng

Daun bawang

Asam limau

Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan

DISKAUN EXTRA RM5!

Cara memasak:

1.Tumis bawang putih yang diketuk sehingga kekuningan.

2.Masukkan cili boh, tumis lagi sehingga pecah minyak.

3.Masukkan sos tomato,kicap manis(saya guna kipas udang) dan gula.

4.Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging,masakkan daging sekejap.

5.Masukkan mi dan sayur tadi.

6.Masukkan sedikit air.

7.Kacau sehingga basah sedikit kering (mi berkilat)

8.Siap dihidang.Tabur bawang goreng dan daun bawang. Jangan lupa perah asam limau.

Kredit: Niq Ain

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN