Terdapat pelbagai biskut moden yang telah di ubah suai. Pelbagai bahan telah ditambah ke dalam biskut untuk menyedapkan lagi biskut seperti oat, susu, Horlicks dan sebagainya. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih biskut yang anda sukai. Jom cuba 10 jenis biskut ini.

 

1. PUTU KACANG BERSUSU

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung kacang hijau
  • 150gm susu tepung
  • 100gm gula ising
  • 50gm gula ising untuk hiasan
  • Sedikit air untuk lembapkan adunan

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul semua bahan di atas kecuali air. Kemudian barulah direnjis sedikit air ke dalam adunan. Jangan terlalu basah.
  2. Taburkan sedikit gula ising ke dalam acuan. Kemudian tekan kuat adunan ke dalam acuan. Keluarkan dari acuan. Ulangi langkah hingga selesai.
  3. Bakar menggunakan suhu 150C selama 10 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

 

Keistimewaan : Rasa lemak kacang

 

INFO CHEF:  Boleh bentukkan mengikut selera masing-masing.

 

2. BATANG BURUK BERSUSU HORLICKS

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 20 keping kulit popia
  • Minyak masak secukupnya

 

UNTUK SALUTAN:

  • 200gm serbuk kacang hijau
  • 150gm Horlick
  • 100gm susu tepung
  • 100gm gula ising

 

CARA MEMASAK:

  1. Kulit popia dipotong mengikut cita rasa. Panaskan minyakdan goreng kulit popia. Angkat  dan toskan.
  2. Campurkan kesemua bahan untuk salutan dan kemudian gaulkan dengan  kulit popia yang telah digoreng.
  3. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

 

Keistimewaan : Rasa kacang hijau beri kelainan

Jenis masakan : Pencuci mulut

 

INFO CHEF:  Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.

 

3. JEJARI SUSU BEROAT

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung gandum
  • 100gm susu pekat
  • 100gm oat
  • 100gm gula halus
  • 150gm marjerin
  • 1 biji telur
  • 10gm soda bikarbonat
  • 10gm baking powder

 

HIASAN:

  • Sedikit kuning telur
  • Oat

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan susu, oat, baking powder dan soda bikarbonat.  Gaul sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh. Terap adunan tadi beralaskan plastik.
  3. Potong memanjang kemudian sapukan kuning telur dan sedikit oat sebagai hiasan.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

IKLAN

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Tekstur oat dapat dirasa ketika digigit

INFO CHEF:  Agak menyihatkan kerana mengandungi oat.

 

 

4. BEBOLA SUSU

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung gandum
  • 100gm susu pekat
  • 100gm gula halus
  • 150gm   marjerin
  • 1 biji telur
  • 10gm soda bikarbonat
  • 10gm serbuk penaik

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama marjerin dan gula sehingga kembang.  Masukkan susu pekat, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.
  3. Bentukkan adunan seperti bebola.
  4. Bakar sehingga masak pada suhu 150C selama 10 minit.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa lemak susu

INFO CHEF:  Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.

 

 

5. BISKUT BUNGA HORLICKS

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung gandum
  • 100gm susu pekat
  • 100gm gula halus
  • 150gm marjerin
  • 100gm Horlicks
  • 1biji telur
  • 10gm soda bikartbonat
  • 10gm serbuk penaik
  • Cip Coklat untuk hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama marjerin dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan pula susu, Horlick, soda bikarbonat, baking powder. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung kemudian uli hingga membentuk doh.
  4. Bentukkan adunan menjadi bunga. Letakkan cip coklat sebagaihiasan.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
  6. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa lemak Horlicks

IKLAN

INFO CHEF:  Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.

 

 

6. BISKUT SUSU BERTAKTHA

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung jagung
  • 200gm susu pekat
  • 250gm marjerin
  • Ceri merah secukupnya |hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Sekiranya adunan agak lembik, boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit.
  2. Bentukkanm adunan tadi bulat-bulat dan leperkan sedikit. Letakkan ceri merah di atasnya. Letak di dalam dulang pembakar.
  3. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa susu yang sedap

INFO CHEF:  Boleh juga hiaskan dengan manik warna-warni untuk lebih menarik.

 

 

7. BISKUT RERAMA

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung jagung
  • 200gm susu pekat
  • 250gm marjerin
  • Coklat masakan secukupnya | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.Sekiranya adunan agak lembik,boleh tambah tepung jagung sedikit demi sedikit. Bentukkan menjadi doh.
  2. Uli dan tekap menjadi bentuk rama-rama. Paipkan coklat masakan yang dicairkan untuk membentuk rama-rama.
  3. Masukkan di dalam loyang pembakar. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Bentuk yang unik

INFO CHEF:  Boleh bentukkan mengikut kegemaran masing-masing.

 

IKLAN

 

8. BISKUT NESTUM

 Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tepung gandum
  • 100gm marjerin
  • 100gm gula ising
  • 100gm soda bikarbonat
  • 100gm serbuk penaik
  • 80gm Nestum
  • 20gm Horlicks
  • 1 biji telur

 

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur bersama gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan tepung bersama soda bikarbonat, serbuk penaik, horlicks dan Nestum. Kacau sebati.
  2. Uli hingga menjadi doh dan bentukkan mengikut cita rasa masing-masing.
  3. Letakkan di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 10 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa lemak kacang

INFO CHEF:  Sangat mudah dibuat dan sedap.

 

 

9. BISKUT JEJARI COKLAT

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.  

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 200gm susu pekat
  • 250gm marjerin
  • Coklat masakan | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  2. Uli adunan dan bentukkan memanjang. Masukkan di dalam loyang pembakar.
  3. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
  4. Dengan menggunakan ‘piping’, hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan sedikit ceri warna-warni di atasnya.
  5. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa lemak kacang

INFO CHEF: Coklat masakan dicairkan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’.

 

 

10. BISKUT BURGER COKLAT

Meriahnya! Nah 10 Resipi Biskut Tema Susu, Horlicks Dan Kacang Sedap Penuh Perisa.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung jagung
  • 200gm susu pekat
  • 250gm marjerin
  • Coklat masakan secukupnya | hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan, gaul sebati.
  2. Setelah itu, bentukkan adunan bulat leper. Letakkan coklat masakan yang telah dicairkan di atas sekeping biskut dan lapiskan dengan sekeping lagi. Bentukkan seperti burger.
  3. Bakar dengan suhu 150C selama 10 minit.
  4. Keluarkan dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.

 

Saiz hidangan : 40-50 keping

Keistimewaan : Rasa lemak susu

INFO CHEF:  Boleh letakkan manik warna-warni atau lukiskan corak di permukaan atas biskut untuk lebih menarik.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI