Meriahkan Ramadan Dengan Rasa Nostalgia Kampung Style Musim Terbaru!

Share

Bila tiba Ramadan, pastinya kita mula rindu akan suasana berpuasa di kampung halaman. Terbayang keenakan masakan emak yang pelbagai jenis, sesi berebut gelas air dengan adik beradik bila tibanya saat azan berkumandang dan bermacam-macam lagi memori indah bersama keluarga tercinta. Masa inilah semuanya terbayang-bayang di depan mata.

Keseronokan menyambut Ramadan di kampung bersama keluarga tercinta tentunya jauh berbeza berbanding cara orang moden di bandar. Namun apa daya, komitmen yang digalas membataskan segalanya. Malah kenangan dan nostalgia terindah inilah membuatkan kita tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Ramadan.

Mengembalikan nostalgia indah ini bersama penonton setia, RASA tahun ini kembali dengan program memasak RASA NOSTALGIA KAMPUNG STYLE yang ditayangkan bermula 22 Mac, setiap Rabu hingga Ahad jam 7.00 malam di Astro Ria, direncahkan oleh BABA’S.

 

 

GANDINGAN HOS & SELEBRITI HEBAT

Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini membawa penonton ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn

dan Rozita Che Wan untuk berkongsi pelbagai resipi menarik.

Antara selebriti yang bakal menyerikan dapur Rasa Nostalgia Kampung Style dengan resipi-resipi nostalgia air tangan mereka ialah Dato’ AC Mizal, Roy Azman, Namie (Ubi), Ezzaty Abdullah, Zizi Kirana, Betty Rahmad, Ezzrin Loy, Sazzy Falak, Ustazah Asni Mansor, Aisha Retno, Zila Bakarin, Amar Bahrin, Iqeam DInzly, Ayie Floor88, Amir Masdi, Shashie, Sabronzo dan ramai lagi.

Nak tahu macam mana aksi artis kesayangan anda bila kena memasak? Pandai ke mereka? Nak tahu, kenalah tonton nanti ya.

IKLAN