Merantau Jauh, Sahabat Vietnam Kongsi Resipi Popia Ketam Salju

Share

Pelbagai kuih muih boleh disediakan menerusi kulit popia. Antaranya popia basah, popia goreng, dan salah satunya adalah popia ketam salju ataupun crab roll.

Menerusi perkongsian resipi popia ketam salju daripada Masliana Ibrahim, menurutnya resipi ini diperoleh lebih 20 tahun lalu ketika menuntut di Nebraska. Seorang sahabat daripada Vietnam berkongsi resipi ini yang dipanggil crab roll.

Ketika itu, dia tinggal jauh daripada keluarga. Ketika kawan seAsia berkongsi makanan ringan begini, ianya benar-benar mengubat kerinduan di hati pada keluarga. Masa itu, dia gembira sangat kerana crab roll

sahabatnya itu sedap.

Jadi, apabila telah kembali ke Malaysia, dia mengubah nama resipi ini kepada Popia Ketam Salju sinonim dengan ambien di Malaysia. Jom buat, bahan-bahannya pun mudah sahaja.

POPIA KETAM SALJU

BAHAN-BAHAN:

1 paket besar isi ketam/ crabstickBoleh beli online di sini

3-4 sudu besar mayones – Boleh beli online di sini

3 pokok daun ketumbar (dipotong halus)

1 paket kulit popia (saiz besar) – Boleh beli online di sini

Sehiris lemon

Secubit garam

1 botol sos masam manis/ sos cili Thai – Boleh beli online di sini

1 mangkuk air / putih telur (untuk gam popia)

CARA MEMASAK:

Rebuskan isi ketam sehingga masak.

Angkat dan tapis serta buang air rebusan.

Apabila kering sedikit, lenyekkan isi ketam sampai separa hancur. Jika suka isi hancur, boleh lenyek sampai hancur.

Perahkan lemon untuk hilangkan hanyir isi ketam.

Kemudian, gaulkan dengan mayones, daun ketumbar yang dipotong halus serta secubit garam.

Setelah itu, ambil 1-2 sudu inti dan bungkus dengan elok seperti buat popia. Gamkan tepi kulit popia dengan air atau putih telur.

Panaskan minyak dan perlahankan api sebelum digoreng. Bahagian ini perlu berhati-hati untuk mendapatkan gorengan popia yang cantik.

NOTA: Jika api kuat, ianya boleh merosakkan popia ketam ini seperti isi dalamnya akan pecah terburai.

Dah siap untuk dihidangkan buat seisi keluarga.

Kredit: Masliana Ibrahim

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN