Menu Special’ Kambing Varuval, Untuk Sajian Deepavali.

Share

Hidangan ala India ini pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang gemarkan daging kambing sebagai bahan utama masakan. Pedas dan menyelerakan dengan rempah masakan yang digunakan oleh Chef, K. Rathakrishnan A/L Karnaya yang sudi berkongsi menyediakan menu mudah dan ringkas ini.  Anda semua boleh mencuba resipi ini sebagai menu hidangan untuk seisi keluarga, atau jika ada tetamu datang bertamu.

Pinterest

KAMBING VARUVAL

  • BAHAN-BAHAN:
  • 500gm daging kambing |potong kecil bersih dan toskan
  • 1sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • Gaul semua rempah ratus di atas bersama daging dan perapkan lebih kurang 15 minit.
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar | mayang
  • 2.5cm halia | kisar
  • 3 ulas bawang putih |kisar
  • 3 sudu makan cili kering | kisar
  • 4 tangkai daun kari
  • Rempah 4 sekawan
  • Sedikit kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, daun kari, rempah
    empat sekawan dan hirisan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan cili dan serbuk kari daging, kacau dan biar sedikit garing.
  • Seterusnya, masukkan daging kambing, sedikit air dan masak hingga mereneh.
  • Kemudian masukkan pula kicap, garam dan gula secukup rasa.
  • Masak dengan api sederhana hingga kuah menjadi pekat.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:

  • Untuk menghilangkan bau kambing, cuci menggunakan tepung atau air asam jawa kemudian bilas dengan air bersih sebelum ditoskan.
  • Waktu memasak: 30-45 minit
  • Keistimewaan: Mudah disediakan dan kaya dengan aroma rempah ratus.
  • Cara masak: Tumis dan reneh

IKLAN