Anda inginkan makanan sihat yang sedap,  tapi tak tahu macam mana nak masak? Jangan bimbang, RASA kongsikan tiga masakan yang gerenti sedap, sihat dan paling penting menunya ringkas dan mudah disediakan. Tak salahkan kalau yang sihat dan sedap tu kita masukkan dalam menu diet keluarga anda. Hujung minggu ni bolehlah cuba ye.

Menu Sihat Yang  Sedap, Wajib Cuba!

AYAM POP

BAHAN-BAHAN:

  • ½ ekor ayam sederhana besar
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • 200 ml minyak masak
  • Garam secukupnya
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN UNTUK SAMBAL:

  • 1 biji tomato  | buang biji dan hiris
  • 3cm belacan
  • 50ml air
  • 7 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji limau kasturi  | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
  3. Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
  4. Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
  5. Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
  6. Kisar hingga lumat.
  7. Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.

Menu Sihat Yang  Sedap, Wajib Cuba!

BENDI KUKUS SAMBAL BELACAN 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 10 batang kacang bendi
  • Sedikit garam
  • Air

BAHAN SAMBAL:

  • 10 -15 cili padi
  • 5 batang cili merah
  • 10 cm belacan bakar
  • 2 – 4 biji limau kasturi
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 100ml air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 CARA MEMASAK:

  1. Kacang bendi dan garam dikukus selama 3 minit dan direndam ke dalam ais sejuk.
  2. Tos dan Ketepikan
  3. Untuk menyediakan sambal belacan: Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar digoreng dengan minyak yang sedikit sahaja.
  4. Kemudian, ditumbuk bersama air perahan limau kasturi dan ditambah air asam jawa
  5. Akhir sekali, tambah dengan garam secukup rasa dan gula.
  6. Hidangkan bersama kacang bendi yang sudah dikukus tadi.

Menu Sihat Yang  Sedap, Wajib Cuba!

IKLAN

KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ketam | bersihkan
  • 500gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji cili bengala merah
  • 1 biji cili benggala hijau
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI