Cendawan Goreng Telur. Menu Ringkas Terbaik Buat Keluarga. Sedap!

Share

Andai buntu atau tidak punya masa untuk memasak, hidangan Cendawan Goreng Telur ini pasti menjadi hidangan penyelamat anda. Mudah, ringkas, cepat dan sedap. Anak-anak pun suka.

 

CENDAWAN GORENG TELUR

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 200g m cendawan tiram
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.

2. Pukul telur hingga hancur dan  masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan  dan gaul rata.

 

3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.

 

Kredit resipi & gambar: Siti Zahrah Mohd Fakhri

IKLAN