Menu Ringkas Tapi Layan, Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering!

Share

Menu ringkas dan lazat ini sesuai dihidangan untuk makan tengahari atau malam. Resipi mudah untuk disediakan wanita berkerjaya pun boleh masak lauk ni pasti anak-anak menyukainya. Jom cuba!

RESIPI AYAM SOS TIRAM CILI KERING

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm ayam > 3cm halia
  • 1/2 bawang besar > 7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
  • daun bawang – hiris
  • minyak utk menggoreng

Bahan A ( Perap )

  • sos tiram – 1 sd teh
  • kicap cair – 1 sd teh
  • sedikit kicap pekat

Bahan B ( utk kuah )

  • air masak – 1/2 cawan
  • sos oyster – 1 sd mkn
  • kicap pekat – 1/2 sd teh
  • gula – 1 sd teh
  • tepung – 1/2 sd teh ( optional )
  • sedikit serbuk lada putih & hitam

CARA PENYEDIAAN:

  1. perap ayam dgn bahan A selama 30minit
  2. campurkan semua bahan B hingga larut

CARA MEMASAK:

  1. goreng ayam yg telah di perap, ketepikan.
  2. panaskan kuali dan sedikit minyak, masukkan halia..setelah naik bau masukkan bawang besar & cili kering. goreng sehingga bawang sedikit layu.
  3. masukkan bahan utk kuah & ayam yg telah di goreng tadi.
  4. setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan. .
    ☆taburkan hirisan daun bawang. Siap!

Nota: yang suka kuah boleh lebihkan air..sukatan bahan adalah bergantung kpd citarasa masing2 ya..kalau tak cukup rasa pandai2lah tambah hehe😉😜

Kongsi resepi Oleh: Jo Isabelle

Sumber: Resepi ringkas tapi sedap

IKLAN