Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.

Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.

Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.

Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.

Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

 

Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin SaidatulnisaMasakan yang digemari keluarga

Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan, anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.

“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.

Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.

“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.

Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.

Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.

Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.

 

Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan A

500 gram ketam (dibersihkan)

2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)

3 batang serai (diketuk)

Garam secukup rasa

Bahan B

IKLAN

15 biji cili api-kisar

2 biji cili merah- kisar

2 inci kunyit hidup-kisar

1 cawan air

Cara memasak:

1. Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.

2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.

3. Perasakan garam dan tutup api.

4. Sedia dihidangkan.

Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa

SOTONG MASAK KICAP

BAHAN A

3 ekor sotong (dipotong kecil)

2 biji tomato (dipotong empat)

IKLAN

1 pokok daun bawang (dipotong kecil)

3 sudu makan kicap pekat

3 sudu makan sos tomato

2 cawan air

3 sudu makan minyak masak

BAHAN B

1 labu bawang besar

2 biji cili merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.

2. Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.

3. Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.

IKLAN

4. Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.

5. Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.

Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa
SAMBAL UDANG PETAI

BAHAN A

500 gram udang

30 biji petai

1/2 cawan air asam jawa

3 tangkai serai (diketuk)

3 sudu makan minyak masak

1 sudu teh gula

Garam & gula secukup rasa

1 labu bawang besar

BAHAN B (DIKISAR)

20 tangkai cili kerlng

10 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Sedikit belacan

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.

4. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI