Menu Laksa Lemak Siam Untuk Hidangan Rumah Terbuka

Share

Bila nak buat rumah terbuka ni, menu utama antara sering menjadi tumpuan tetamu. Jika pening nak fikir hidangkan apa, bolehlah cuba Laksa Lemak Siam.

Resipi yang dikongsi Shah Shatry ini, sesuai untuk hidangan rumah terbuka pada hujung minggu nanti. Mudah dan sedap.

 

LAKSA LEMAK SIAM

BAHAN-BAHAN:

Laksa kering yang jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
1kg ikan selayang @ temenung
10 ulas bawang merah* – beli online di sini
2 ulas bawang putih* – beli online di sini
2 inci halia*
2 inci lengkuas* – beli online di sini


2 inci kunyit hidup*
4 batang serai* (2 batang dikisar, 2 batang lagi diketuk masuk dalam kuah)
2 inci belacan* – beli online di sini
5 biji cili api* (nak pedas, boleh lebihkan)
5 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat – beli online di sini
Garam, gula & perasa

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah

CARA-CARA:

1. Rebus ikan. Kemudian, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus.
2. Air rebusan jangan dibuang. Gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang. Lepas kisar tulang, kemudian tapiskan.


3. Kisar semua bahan yang bertanda *.
4. Masukkan bahan kisar dan serai yang diketuk ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
5. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dan air.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


6. Kuah jangan pekat sangat atau jangan cair sangat. Ikut selera masing-masing. Kacau sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

7. Kemudian masukkan santan. Kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.


8. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.


9. Hidangkan laksa lemak siam dengan bahan sampingan yang lain seperti timun, tauge, kacang panjang, bunga kantan, salad, telur rebus dan limau nipis. Bahan sampingan ni ikut selera masing-masing nak letak apa.

Kredit resipi: Shah Shatry

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN