Menu Kari Kepala Ikan Popularkan D’Warees Resepi

Share

Hari ni min nak kongsi lokasi makan sedap untuk korang cuba. Mungkin korang pernah melepasi gerai D’Warees Resepi ni, bersebelahan Kilang Gula CSR dan stesen minyak Petron.
Buat warga Shah Alam tak jauh tempatnya iaitu di Batu 3. Waze jer nama D’Warees terus jumpa tempat ni.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan kari kepala ikan yang memang terangkat sedapnya.

Antara jenis ikan yang ditawarkan ialah Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah. Setiap hari 50 – 60 kepala ikan terjual. Menurut pemiliknya, Ahmad Tarmizi Khalid kari kepala ikan ini adalah resipi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khusus dan rakyat Malaysia amnya.

 


Operasi bermula seawal 630 pagi. Kari Kepala ikan mula dijual bermula dari 10 pagi hingga 430 petang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad.


Selain Itu Kari Kambing dan Asam pedas Ikan Mayong juga menjadi tarikan.
Harga kepala ikan bermula dari RM25-100 mengikut jenis dan saiz ikan. Setiap hari gerai ini mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan.

 

 

 


Korang juga wajib cuba kuih onde-onde, pulut panggang, lepat, kuih bakar yang menjadi signature di sini.
Selebriti juga pernah datang ke sini antaranya Jaafar Onn, Dato’ Jamal Abdillah, Wan Maimunah, Linda Rafar, Nelydia Senrose & Zaidi Omar.

Boleh je terjah ke gerai ini tetapi dinasihatkan datang awal untuk dapat tempat duduk, Kalau tak kenalah menunggu.

IKLAN