Menu Berasaskan Sambal Yang Boleh Bangkitkan Selera Makan Anda!

Share

Bab menu harian ni, kadang-kadang boleh mati kutu nak hidangkan juadah apa di atas meja. Namun jika ada sambal kegemaran, pasti terbuka selera kan.

SAMBAL 3 BAHAN

Sesuai untuk dibuat sambal untuk diet. Senang dan mudah. Makan dengan nasi kosong pun sedap. Buat rencah goreng nasi atau goreng mi pun sedap.

BAHAN-BAHAN:

2 biji bawang besar – beli online di sini
Segenggam ikan bilis – beli online di sini
15-17 cili merah besar – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Kisarkan semua bahan kita tadi. Kisar sampai semua lumat. Kemudian, dalam minyak panas, tumiskan semua bahan.


2. Kacau-kacaukan bagi masak serata. Kita nak kasi dia pecah minyak. Pakai api perlahan saja tau.
3. Masak sampai pekat macam ini. Matikan api. Dah siap. Saya tak bubuh garam gula sebab dah cukup dah rasa dia semua. Masin dari ikan bilis dan manis dari bawang merah tadi. Kalau anda nak bubuh terpulang ya.


4. Hiaskan dengan ikan bilis goreng. Perghhhh mantop oi. Nasi panas lepas tu, goreng keropok tak pun goreng telur dadar. Selamat seperiuk nasi. Lagi pedas, lagi laju tangan menyuap nasi.

Kredit resipi: Umi Watie

 

SAMBAL IKAN GONJENG MASIN

BAHAN-BAHAN:

Ikan gonjeng masin
Cili (letak ikut kepedasan)
Gula
Ajinomoto sikit (tak nak letak pun tak pe)

CARA-CARA:

1.Goreng dulu ikan gonjeng masin sehingga kekuningan. Toskan.


2. Tumbuk ikan gonjeng masin bersama cili dan gula (ikut rasa tekak nak letak pedas manis dan masin secara seimbang).
3. Sedia untuk dihidang dan makan bersama nasi panas-panas.

*Ikan ni orang Sarawak memang panggil ikan masin gonjeng. Kalau di Semenanjung, panggil ikan masin bulu ayam.

Kredit resipi : Nuriani Buang

 

SAMBAL TELUR MATA

BAHAN-BAHAN:

*3 biji bawang merah – beli online di sini
*1 biji bawang besar – beli online di sini
*5 biji bawang putih – beli online di sini
*Segenggam cili padi  – beli online di sini
*3 biji lada besar  beli online di sini
*Segenggam ikan bilis – beli online di sini
1 ½ cawan air
5 biji telur
Air asam jawa – beli online di sini
Garam, ajinomoto atau gula

CARA-CARA:

1. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air. (jangan lama-lama, nanti halus sangat tak sedap)


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, biar seketika. Masukkan air asam, garam, ajinomoto atau gula.
5. Bila dah betul-betul mendidih, perlahankan api.
6. Masuk telur satu persatu. (cara saya pecahkan sebiji dalam mangkuk, kemudian buang pusat telur barulah masukkan dalam kuali).
7. Dah siap. Boleh makan dengan nasi panas.

Kredit resipi: Ctt Nurhadzlinwatie

 

CENCARU SUMBAT SAMBAL

Pes serbaguna ini boleh simpan dalam peti sejuk. Makan dengan nasi kosong pun dah sedap. Mudah sangat membuatnya. Memudahkan kerja mak-mak di dapur.

BAHAN-BAHAN PES SERBAGUNA

1 biji bawang merah** – beli online di sini
3 ulas bawang putih** – beli online di sini
1 batang serai  – beli online di sini
1 sudu besar udang kering** – beli online di sini
½ inci halia**  – beli online di sini
½ inci lengkuas**  – beli online di sini
½ inci belacan** – beli online di sini
½ saiz bola pingpong asam jawa
20 batang cili kering** – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Kisarkan bahan bertanda **
2.Dalam kuali masukkan semua bahan yang sudah dikisar halus. Tumiskan sampai wangi dan pecah minyak.


3. Masukkan air asam jawa yang dah di bancuh. Biarkan bahan semua memekat, pastikan guna api kecil saja.


4. Perasakan dengan garam ikut selera. Saya bubuh gula supaya ada rasa manis. Biarkan semua memekat. Dah siap, biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas yang sesuai. Pes ni boleh digunakan untuk semua jenis masakan tau. Mudah yakmat.


5. Kemudian, belah bahagian belakang ikan. Garam dan kunyit kan semua bahagian ikan. Gorengkan sampai garing. Sumbatkan pes tadi bila ikan dah digorengkan garing. Sedap dan mudah kan?

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN