Memang Tak Muak Makan Mi Kari Style Chinese Ipoh Ni

Share

Apa menu yang tidak muak makan? Dah lama tak merasa mi kari ni. Memang masak ni tidak menggunakan banyak rempah ratus berbanding mi kari biasa. Rasa enak kerana kuahnya tidak pekat dan puas hati bila dihirup. 

Mi KARI STYLE CHINESE IPOH

Bahan A

Kisar halus.

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 batang serai- titik.

Bahan B

  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
  • 1 kotak santan kara
  • Segala jenis fishball fishcake tofu kosong
  • 2 ketul kiub ayam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Bahan C (hiasan)

  • Taugeh -tak perlu celur
  • Daun bawang

Cara membuat:

1.Panaskan minyak,goreng serai sampai naik bau.

2.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.

3.Masukkan rempah kari dan cili kisar yang dah dibancuh air. Tumis 3x kering air.

4.Tambah air secukupnya dan 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula. 5.Masukkan segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.

*Minyak jangan byk, sbb nak makan dengan mee, nanti cepat muak. Kuah kari ni kene cair-cair saja. Cukup rasa rempah dan santannya. Ngam kalau makan dengan fucuk ikan goreng.

Kredit: Dora Nurlaily KJ

[Sertai

Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN