Percaya atau tidak, meja makan antara tempat sesuai untuk anda dan pasangan membantu anak-anak belajar banyak perkara berkaitan kehidupan. Bermula dengan si kecil mengasah skil motorik, meningkatkan perkembangan kognitif, meneroka persekitaran dan cara bersosial. Semuanya bermula dari dalam keluarga.
Sebab itulah ibu bapa dikatakan guru pertama dan rumah adalah sekolah pertama anak-anak.Terpulang kepada ibu bapa bagaimana mahu memposisikan diri mereka sebagai model dan rumah sebagai persekitaran yang menyeronokan bagi anak-anak menjalani proses tumbesaran.
Apa kata, anda mulakan pembelajaran di meja makan. Bermula dengan ucapan ‘Bismillah’ dan doa makan yang anda bacakan sambil menyuap makanan ke mulut si kecil, ia adalah satu proses pembelajaran. Melalui aktiviti ini menjadikan anak faham bahawa sebelum makan mesti mengucapkan Bismillah. Walaupun pada usia awal kanak-kanak, si manja tidak tahu apa itu adab tetapi apa yang diperhati dan dilakukan oleh ibu atau bapa itu akan ditiru dan menjadi amalannya secara rutin.
Apabila anak semakin membesar, dia sudah boleh mengambil dan makan menggunakan tangan atau sudu,namun mungkin kerap menumpahkan makanan, makan tidak habis, tidak mahu makan itu dan ini. Semua ini adalah sebahagian dari proses pembelajaran. Sebagai ibu bapa beritahu mereka kenapa tidak boleh melakukan perlakuan tersebut dan jelaskan juga sebab mereka perlu makan dan habiskan makanan dengan bahasa yang mudah difahami sambil sekali sekala selitkan nasihat dengan cara bercerita kerana anak kecil seronok bila mendengar bila ibu atau bapa bercerita.
IKLAN
Menyediakan kerusi khusus (high chair) untuk si manja anda agar posisinya sama tinggi dan boleh menikmati makanan bersama ahli keluarga yang lain, secara tidak langsung mendedahkan anak belajar cara bersosial dan memberikan pengalaman seronok menjadi sebahagian dari ahli keluarganya.
Apabila si manja mula pandai makan sendiri dan faham kenapa mesti habiskan makanan dan tidak menumpahkannya, secara tidak langsung ia menanam sifat berdikari dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan dan makan menggunakan tangan kanan juga mengajar si kecil faham kenapa dia perlu sentiasa bersih. Dan doa yang dibaca mengajarnya untuk selalu bersyukur atas nikmat makanan yang dimakan.
Oleh itu, dalam kesibukan harian,anda atau pasangan, ambillah 20-30 minit waktu makan sebagai waktu berharga bersama anak-anak dan sentiasa menjadi rakan mereka. Sebagai rakan anda lebih mudah mengasuh, mengajar, membimbing dan menjadi rakan kepada si kecil. Wajarlah kalau orang berkata, tingkah laku anak cermin perlakukan ibu bapa di rumah kerana meniru apa yang ibu bapa lakukan itu lebih mudah diamalkan.
IKLAN
Little Adib, Ensklopedia Lengkap Kanak-Kanak
Kepada ibu bapa yang super sibuk, mungkin anda boleh jadikan Little Adib, Buku Ensiklopedia Kanak-Kanak sebagai bantuan dengan cara lebih mudah dan berkesan mengasuh, membimbing dan mendidik si kecil sesuai dengan keperluan semasa.
Adib, watak utama dalam Little Adib yang digambarkan sebagaia seorang kanak-kanak lelaki yang comel, riang dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi ini sangat sinonim dengan anak-anak sekarang.
Adib bersama bersama abangnya Hakim bertuah tinggal dan mempunyai ibu bapa perihatin akan perkebangan tumbesaran anak-anak dengan senitasa menjawab segala pertanyaan anak-anak dari pelbagai aspek kehidupan.
IKLAN
Set Little Adib menggunakan gaya penulisan yang ringan, imagintif, menyeronokan dan penuh dengan nilai-nilai moral. Mengandungi lapan buku berbahasa Inggeris dan 19 buku berbahasa Melayu. Istimewanya setiap buku disertakan dengan nota kepada ibu bapa sebagai panduan semasa membacakan buku kepada anak-anak.Turut disediakan item bonus,iaitu buku catatan untuk ibu bapa, set ‘puzzle’ sistem badan, pengukur ketinggian dan kota penyimpan buku berbentuk ‘push car’ yang sangat menarik.
Little Adib Ensklopedia ini sesuai untuk kanak-kanak seawal usia hingga tujuh tahun. Mengandungi 27 buah Board Book yang sesuai digunakan oleh si kecil dan boleh merangsang motorskill meraka. Mempunyai ilustrasi yang sangat menarik dan berwarna warni. Ia meliputi empat topil penting yang menjadi asas kehidupan kanak-kanak iaitu, Basic Knowedge, Life Skills, General Values dan Spritual Values.
Untuk anda yang ingin menjadi agen dan menjana pendapatan lumayan, Sesi Training yang pertama di Malaysia akan diadakan pada 23 dan 24 Ogos ini di Auditorium Sultan Mohamad, Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Program bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang.
Sepanjang dua hari ini Ibu Ary, penulis buku Little Adib hadir memberikan Parenting Talk dan Sales Traning. Tempat adalah terhad.
Bangga! Tiada kata yang boleh diucapkan apabila melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara. Lebih membanggakan bila kemenangan itu diperolehi menerusi sajian hidangan tradisi Malaysia. Ternyata keunikan dan keenakan sajian Malaysia berada di kelas yang tersendiri dan mampu diangkat ke peringkat antarabangsa.
Memilih untuk menyajikan Nasi Lemak Bunga Telang, hidangan Chef Safura Tawilyang juga merupakan chef kepada Duta Besar Malaysia di Dubin, Ireland telah berjaya memikat juri seterusnya memenangi pingat emas dalam pertandingan Chef Ireland Culinary Competition 2020.
Ini bukanlah kali pertama Chef Safura mengharumkan nama negara. Pada tahun 2016, beliau juga telah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dalam pertandingan “Embassy Chef Challenge 2016” di Ottawa, Kanada menerusi hidangan Pulut Kuning.
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Chef Safura menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong beliau.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa kerana ini resipi warisan dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
Bila disebut mengenai ikan buntal, terbayang dimata ikan berduri yang mempunyai racun. Oleh sebab itu tidak ramai yang berani untuk mencubanya. Malah ada kejadian yang menyebabkan kematian dek kerana memakan ikan ini.
Sebenarnya, ikan buntal ni boleh dimakan jika anda tahu dan pakar dalam bab membuang racunnya. Malah isinya memang enak. Maka tidak hairanlah hidangan ikan buntal ini popular terutamanya di sesetengah tempat di Sabah, Sarawak dan beberapa kawasan yang lain.
Nak tahu cara-cara siang dan masak ikan ini? Jom lihat perkongsian dari Abel Lione Karia yang berasal dari Semporna, Sabah.
Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak share cara-cara nak bersihkan ikan buntal dan cara nak masak ikan ni. Walaupun agak leceh nak sediakan tapi hasilnya memang memuaskan. Betul la kata orang makanan yang paling susah disediakan itulah paling sedap dimakan. Jom tengok cara saya sediakan ni.
BAHAN:
Ikan buntal
Bawang merah yang kecil ( dalam 10 ulas )
10 batang serai
Halia ( sebesar ibu jari)
Bawang putih ( 10-15 ulas)
1 sudu teh kunyit atau kunyit serbuk
Lada ( ikut citarasa nak pedas mana)
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
1 cawan air
CARA-CARA:
1. Rebus dulu ikan buntal dengan serai dalam 4 batang.
2. Kemudian cabut duri dan buang hempedu beracun dalam perut tu.
3. Selepas duri dah dibuang, panaskan minyak dan tumbuk bahan-bahan. Tumis bahan tumbuk sampai garing dan naik bau baru jatuhkan ( masukkan) hati ikan buntal. Masak hingga sebati.
Hati buntal
4. Akhir sekali, masukkan isi ikan buntal. Gaul sampai sebati dan masak sempurna.
Isi ikan buntal selepas durinya dicabut.
5. Kemudian masukkan 1 cawan air supaya hidangan menjadi sedikit berkuah.
6. Setelah mendidih, padamkan api. Siap untuk dinikmati.
PERINGATAN:
Perkongsian ini adalah bertujuan memberitahu kepada pembaca tentang keunikan makanan eksotik ini. Ianya dihasilkan oleh individu yang telah biasa dan pakar dalam bab menyiang spesis ikan ini.
Jika anda tidak pernah atau tidak biasa melakukannya, dinasihatkan supaya TIDAK MENCUBA dan belajar terlebih dahulu cara-cara menyiang ikan ini dari individu yang pakar. Ini kerana kesilapan yang kecil dalam menyediakan sajian ikan ini boleh menyebabkan keracunan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk posting asal Abel Lione Karia DISINI.