Surirumah adalah individu yang menguruskan rumahtangga. Memasak adalah salah satu aktiviti yang dilakukan setiap hari. Justeru tak mustahil banyak minyak masak terpakai yang boleh dikumpulkan untuk dikitar semula.

Pernah tak kita nampak mak-mak kita buang minyak masak terpakai di sinki? Kalau nak tahu, perbuatan macam tu sangatlah perlu dielakkan kerana boleh jadi punca pencemaran alam sekitar.

 

MBSA Saran Surirumah Kitar Semula Minyak Masak, Terima Token

Surirumah perlu sedar bahawa membuang minyak masak ke dalam saluran di sinki boleh menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar. Jika lebihan minyak masak terpakai dibuang ke longkang atau saliran air, hal ini bakal memberi impak negatif dan boleh menyebabkan gangguan ke atas sistem loji air, di tapak pelupusan, loji kumbahan dan paling penting boleh menyebabkan pencemaran ke atas sumber air.

IKLAN

Masjis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak 2009 sudah pun memperkenalkan kempen kitar semula minyak masak. Bagusnya kempen ni adalah banyak minyak masak terpakai yang berjaya dikumpul daripada banyak pihak. Kesedaran macam inilah yang hendak dipupuk supaya alam sekitar lebih selamat.

OBJEKTIF

MBSA Saran Surirumah Kitar Semula Minyak Masak, Terima Token

Objektif utama dah tentulah sebab nak selamatkan alam sekitar. Kempen ini dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Bandar di bawah Bahagian Pembersihan Awam dan Kawalan Alam Sekitar. Sasaran mereka ini adalah untuk mengurangkan pembuangan minyak masak terpakai dalam parit air yang boleh menyebabkan air tercemar dengan minyak sekali gus menyebabkan pencemaran alam sekitar.

IKLAN

Program ini dijalankan dengan cara para kakitangan MBSA pergi ke restoran dan memberi ceramah mengenai kempen ini. Shah Alam masih dalam perjalanan menuju ke arah World Class City. Jadi pemandangan dan persekitaran haruslah bersih dari segala pencemaran. Pengurusan sisa perlu berlangsung dengan bersistematik.

Sisa minyak masak dihasilkan dari dapur rumah, penjaja, kantin sekolah dan restoran. Minyak masak terpakai yang dikumpulkan akan dihantar untuk diproses dan dijadikan sebagai bahan biodiesel untuk kegunaan mesin dan jentera.

Kalau korang nak tahu, minyak masak terpakai ini bersifat hidrofobik. Sesuatu yang bersifat hidrofobik ini boleh mengumpulkan bahan pencemar sebelum mendap di dalam kolam takungan banjir dan memberikan kesan kepada kualiti air dan rantaian makanan. Bahaya, kan?

IKLAN

CARA PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI

MBSA Saran Surirumah Kitar Semula Minyak Masak, Terima Token

1. Minyak masak dianggap sebagai terpakai selepas tiga kali penggunaan. Minyak masak terpakai ini dikumpul dalam bekas atau botol yang bersesuaian.

2. Bawa minyak masak ke pusat pengumpulan seperti alamat yang dimaklumkan oleh MBSA.

3. Setiap botol minyak minyak yang dikumpulkan akan diberikan token. Jumlahnya bergantung pada harga semasa.

INFO

– Berdasarkan kajian, toksin yang dipanggil 4-hydroxy-trans-2-nonenal (HNE) akan terhasil apabila minyak masak dipanaskan semula.
– Jangan guna minyak masak lebih daripada tiga kali. Kalau guna lebih tiga kali boleh menyebabkan makanan yang dimasak mengandungi toksin HNE. Boleh jadi punca penyakit seperti kanser, penyakit kartio vaskular (penyakit berkaitan jantung dan salur darah), strok, alzheimers dan parkinson.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI