Masakan Mudah Sotong Masak Asam. Perrgh..Memang Kenyanglah Perut Hari Ni…

Share

Menu ringkas untuk masak sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap aje. Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar

SOTONG MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 3 ulas bawang merah dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
  • 1 tangkai cili merah dipotong serong.
  • asam jawa sebesar ibu jari – di buat air asam
  • minyak untuk menumis
    CARA MEMASAK:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Masukkn bawang merah, halia, bawang putih.
  3. Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
  4. Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
  5. Tambah air jika suka berkuah.
  6. Kacau sebati hingga mendidih.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidang.

 

INFO: 

  1. Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi.
  2. Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mona Din

 

 

IKLAN