Masak With Passion Bawa Datin Isma Ke Rancangan TV Rasa Instafamous. Jom Cuba Dua Resipi Ni

Rasa Instafamous; Rancangan Memasak RASA  membawakan Datin Isma Rohaiza, sebagai  personaliti pertama berkongsi resipi di kaca televisyen. Bersama hos Aunty Aini, Datin Isma yang memang sudah tidak asing lagi bagi pengikut Instagramnya Masak With Passion telah berkongsi tiga resipi mudah masakan Kelantan.

Masak With Passion Bawa Datin Isma Ke Rancangan TV Rasa Instafamous. Jom Cuba Dua Resipi Ni

Seronok menyaksikan wanita cantik ini memasak di dapur . Langsung tidak kekok walaupun memasak sambil berbual. Setiap soalan hos dijawab dengan cepat sambil tangan laju menyiapkan resipi yang mahu dikongsi.  Ayam Mangga, Masak Lemak Siput Sedut dan Sotong Sumbat.

Masak With Passion Bawa Datin Isma Ke Rancangan TV Rasa Instafamous. Jom Cuba Dua Resipi Ni

Masak With Passion Bawa Datin Isma Ke Rancangan TV Rasa Instafamous. Jom Cuba Dua Resipi Ni

IKLAN

Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.

Masak With Passion Bawa Datin Isma Ke Rancangan TV Rasa Instafamous. Jom Cuba Dua Resipi Ni

 

IKLAN

MAJALAH RASA KINI DI KACA TELEVISYEN ANDA

Menerajui majalah berasaskan masakan selama 17 tahun cukup mendewasakan Majalah Rasa. Menjadi Majalah Masakan No.1 di Malaysia semestinya banyak cabaran yang dilalui. Bermula bagai anak kecil yang baru perlu berlari mengejar pesaingnya, Rasa berjaya meletakK an namanya sebaris dengan majalah yang sedia ada. Ia kemudian terus menjadi unik dengan perkongsian resipi yang konsisten setiap bulan. Lebih cemerlang apabila Rasa tambil dengan Edisi Bumper untuk 3 bulan musim perayaan.

Lima tahun lalu, rasa mengorak langkah berjinak-jinak dalam dunia digital sehinggalah tahun lalu secara agresif beraksi laman sesangan dan di pentas social media selari dengan perkembangan dunia digital. Rasa sekali lagi menempatkan dirinya menjadi Portal Masakan No. 1 di Malaysia sehingga hari ini.

IKLAN

Dan Bermula 30 Julai 2018, rasa melangkah setapak lagi dengan Rancangan Memasak. Memulakan langkahnya Tvnya dengan membawa Instafamous yang mempunyai pengikut ratusan ribu di Instagram. Tanpa menampilkan pengacara cantik manis, Rasa Instafamous meniti dari bibir ke bibir peminat program masakan di televisyen. Aunty Aini yang bersahaja dan tanpa kekok berbual sambil membantu tetamunya memasak. Sebagai seorang yang sudah biasa memasak dia semestinya tidak kekok untuk menyebut apa sahaja nama bahan-bahan. Rasa Instafamous akan bersiaran selama 13 episod.

Untuk anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.

https://www.facebook.com/majalahrasa/videos/10156550168513739/

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI