Masak Sambal Sardin Pakai Cili Padi. Lagi Kaw Dari Cili Giling

Share

Sambal Sardin adalah sejenis lauk ringkas yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis makan utama. Misalnya nasi, roti atau lempeng. Boleh juga dijadikan pencecah makan dengan ubi kayu rebus. Sardin dalam tin ni umpama bahan masak penyelamat dikala buntuk memikirkan menu atau tatkala kehabisan stok lauk basah dalam peti ais. Ada macam-macam cara memasak Sambal Sardin yang sedap dan mudah. Kali ini RASA kongsikan resipi Sambal Sardin yang dimasak menggunakan cili padi perkongsian saudari Linda Mohd

. Nampak sedap! Jom cuba.

 

RESIPI SAMBAL SARDIN KENTANG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin beli online disini 
2-3 biji bawang merah – kisar / tumbuk beli online disini
1-2 ulas bawang putih – kisar / tumbuk beli online disini
Cili padi secukupnya – ikut kepedasan yang disukai – kisar / tumbuk
1-2 biji cili merah – kisar / tumbuk
1-2 biji ubi kentang beli online disini
Garam, gula & perasa secukupnya
Limau nipis – jika suka

CARA MEMASAK:

1.Satukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumbuk atau kisar.


2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sardin yang telah diasingkan dari sosnya hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.


3. Kemudian dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ubi kentang yang telah dihiris kecil.


4. Kemudian tumis bahan kisar tadi namun jangan tumis hingga terlalu garing. Masukkan bersama sedikit air dari balang pengisar. Jika guna lesung, masukkan air dalam lesung sahaja.


5. Jika suka, boleh masukkan juga sedikit sos sardin. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
6. Bila kuah kelihatan sempurna dan pecah minyak, masukkan sardin dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dihidang. Untuk rasa lebih padu, boleh perah sedikit jus limau nipis.

Kredit resipi & foto: Linda Mohd

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN