Masak Nasi Goreng Daging Sedap Guna Resipi Ni, Memang Padu

Share

Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging. Cukup rasa dan sangat membuka selera. Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama  ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan-bahannya boleh ikut suka hati. Apa kata hari ini anda cuba pula resipi Nasi Goreng Daging perkongsian saudari Asmida Asman. Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI NASI GORENG DAGING SEDAP & MUDAH DIMASAK

BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:

Cili kering secukupnyabeli online disini
Cili padi merah dan hijau – beli online disini


Bawang besar
Bawang putih – beli online disini
Ikan bilis beli online disini
Belacan – beli online disini
Garam dan serbuk perasa

BAHAN-BAHAN LAIN:

Daging
1 mangkuk besar nasi
Kacang panjang (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Sedikit kicap manis – beli online disini
Minyak masak – beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris nipis dan kecil-kecil.

2. Bawang dihiris nipis. Kacang panjang dipotong kecil. Jika ada lobak merah pun boleh masukkan sekali.

 

3.  Sediakan satu mangkuk besar nasi.


4. Gunakan minyak lebihan goreng ikan untuk menumis  hirisan bawang tadi sampai agak garing.


5. Masukkan bahan tumbuk. Masak sampai garing dan masukkan sedikit kicap manis.

6. Masukkan daging. Gaul sekata.

 

7. Masukkan nasi dan kacau rata.

8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang goreng dulu dengan minyak yang betul-betul. Goreng sekejap sahaja kemudian toskan minyak. Warna kacang panjang akan kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.

9. Beginilah hasilnya. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Asmida Asman

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Biskut Kudap-Kudap

Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

 

IKLAN