Masak Lemak Cili Api Pisang Muda Campur Bilis Tempoyak

Share

Sajian Masak Lemak Cili Api Pisang Muda Campur Bilis Tempoyak ni antara sajian tradisional orang dulu-dulu yang sangat sedap. Tak guna bahan-bahan masak yang mewah pun. Cukup sekadar pisang muda yang dimasak bersama rencah bilis, cili api, kunyit dan tempoyak. Namun rasanya tersangatlah sedap. Makan dengan ikan goreng je pun dah membuka selera. Nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI MASAK LEMAK CILI API PISANG MUDA

CAMPUR BILIS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sisir pisang muda – pisang kapas atau pisang emas
  • 12 biji cili api – tumbuk
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk
  • Tempoyak – jumlahnya ikut cita rasa
  • 2 keping asam gelugur beli online disini
  • Ikan bilis secukupnya beli online disini
  • 1 1/2 biji kelapa parut – ambil pati santannya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan pisang dan siat kulit luarnya seperti dalam gambar di bawah. Rendam bersama air garam dan juga 1 keping asam gelugur.

2. Sediakan kuali dan masukkan santan, asam gelugur, kunyit dan cili api tumbuk, ikan bilis dan pisang. Masak dan kacau hingga mendidih.

3. Bila pisang sudah hampir lembut, masukkan tempoyak.

4. Pastikan garam juga dimasukkan dengan secukup rasa.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk pauk lain.

INFO: Jika guna pisang lebih dari satu sisir, lebihkan juga kelapa supaya kuah masak lemak betul-betul pekat.

 

Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha

 

Nak beli FOOD PROCESSOR yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN