Masak Kuah Lemak Lontong, Tak Lengkap Kalau Tanpa Sambal Tumis

Share

Kuah lemak lontong atau kuah lodeh ini memang enak. Selalunya inilah antara hidangan wajib ada ketika Hari Raya. Dihidangkan bersama nasi impit dan sambal tumis.

Kini, kuah lemak lontong semakin mudah diperoleh. Peniaga restoran atau gerai jualan kuih menjadikan menu ini antara menu sarapan di kedai mereka. Memang ramai penggemarnya.

Nak tahu cara memasak Kuah Lemak Lontong yang sedap, ikuti perkongsian resipi daripada أختي اراني  ini. Memang padu! Makan pula dengan sambal tumis pedas manis. Bertambah-tambah jadinya.

BAHAN-BAHAN:

¼ biji kubis

1 batang lobak merah (dipotong memanjang)  – Boleh beli online di sini

9 batang kacang panjang

1 ikat soo hoon – Boleh beli online di sini

1 keping fucuk (dipotong memanjang) – Boleh beli online di sini

1 keping tempe (dipotong dadu dan goreng dahulu) – Boleh beli online di sini

2 batang serai (diketuk)

1 cawan udang hidup

½ biji kelapa parut

Garam

Gula

Serbuk kunyit – Boleh beli online di sini

BAHAN KISAR:

8 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup – Boleh beli online di sini

1 inci halia

2 sudu besar udang kering – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.

Masukkan pula udang dan sayur-sayuran yang agak keras.

Kemudian, masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.

Masukkan pula kunyit sampai warna nampak cantik. Masukkan juga kesemua sayur, soo hoon dan tempe yang telah digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan sahaja.

Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Buatkan juga sambal tumis ikan bilis.

Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: أختي اراني

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN