Masak Gulai Ketam Berapi Cara Orang Penang. Sedap Menjilat Jari

Share

Ketam enak dimasak dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara masak gulai atau kari. Kali ini RASA nak kongsi resipi Gulai Ketam Berapi Penang Style perkongsian saudari Saiful Nasuha. Melihat gambarnya sahaja sudah cukup membuatkan rasa terliur. Kalau dirasa, pasti enak sekali. Jom cuba resipi ini. Pasti puas hati.

 

RESIPI GULAI KETAM BERAPI PENANG STYLE

BAHAN-BAHAN:

6 ekor ketam bunga
6 biji bawang merah beli online disini
5 ulas bawang putih beli online disini
½ inci halia – diketuk
2 pelepah

daun kari
½ keping kulit kayu manis beli online disini
2 bungkus Rempah Kari Ikan Babas beli online disini
1 ½ sudu makan Rempah Kari Daging Babas beli online disini
Segenggam kelapa parut – kisar halus
Santan segar rm3
1 sudu teh jintan manis – tumbuk halus beli online disini
1 sudu teh jintan putih – tumbuk halus beli online disini
1 sudu teh lada hitam – tumbuk halus beli online disini
1 keping asam gelugur saiz sederhana beli online disini
Garam & aji secukupnya

BAHAN HIASAN:
2 pelepah daun kari
1 biji cili hijau – belah 2

CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ketam terlebih dahulu. Potong dua.


2. Sediakan bahan-bahan untuk tumisan seperti bawang merah, bawang putih, halia, 2 pelepah daun kari dan kulit kayu manis.


3. Bahan-bahan yang perlu ditumbuk halus, kisar halus dan bahan hiasan.


4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.


5. Masukkan rempah yang dikacau bersama air panas dan dicampur dengan jintan manis, putih dan lada hitam yang ditumbuk halus

.


6. Masak sampai pecah minyak.


7. Kemudian masukkan kelapa parut yang dikisar halus dan juga santan.


8. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak santan seketika dengan api perlahan.


9. Apabila santan masak dengan mesra, masukkan ketam.


10. Renehkan dengan api perlahan. Biarkan ketam masak. Akhir sekali masukkan bahan hiasan untuk mewangikan lagi gulai.
11. Gulai ketam ni memang akan pekat kuahnya sebab tu guna santan yang banyak baru umphh.

Kredit resipi & foto: Saiful Nasuha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN