Bila memanggang makanan korang pernah guna aluminium foil tak. Alaa kertas aluminium untuk balut daging, ayam, ikan bila masak BBQ tu. Waspada lah ya sebab ia boleh memudaratkan kesihatan.
Foto : standard.co.uk
Ada bahaya di sebalik penggunaan aluminium foil itu.
Mengapa aluminium tu boleh jadi bahaya pulak ?
Tahukah korang aluminium ini adalah logam yang sangat reaktif dan bertindak balas dengan makanan yang dibalutnya. Jadi jika anda terlalu kerap menggunakann semasa memasak terutamanya untuk makanan yang berasid dan pedas. Masakan jenis ini boleh menyerap logam didalam foil bila dipanaskan.
Ads
Foto : muscleandjoint.ca,
Dos aluminium yang tinggi dipercayai boleh menyumbang kepada penyakit osteoporosis dan Alzheimer. Selain itu ia juga dikaitkan dengan pesakit tulang dan kegagalan buah pinggang Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati bahawa 40mg logam ialah pengambilan harian yang selamat.
Foto : foodnetwork.com
Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti Amerika Sharikat menunjukkan bahawa makanan yang dimasak dalam ‘foil’ tersebut boleh mengandungi lebih dari enam kali dari jumlah itu, dengan satu bahagian daging dimasak mengandungi sehingga 400mg.
Penyelidik tersebut iaitu Dr Fathia Mohammed dan Dr Essam Zubaidy telah memasak pelbagai daging dengan berbagai jenis bahan lain seperti tomato, cuka, garam bersama-sama dengan sayur-sayuran dan air. Mereka juga selaraskan suhu dan tempoh masa.
Ads
Kajian ini menunjukkan bahawa makanan yang berasid seperti menggunakan jus lemon atau sos tomato mengandungi aluminium yang tinggi. Tambahan pula, apabila ditambah rempah ratus kepada campuran tadi, ia menjadikan kandungan aluminium tersebut semakin tinggi.
Foto : youtube.com
Bagi makanan yang dimasak dengan alkohol dan garam pula, ia tidak menyerap banyak. Walaupun badan manusia sebenarnya boleh menangani jumlah logam yang kecil di dalam badan, tetapi ia akan menjadi bermasalah apabila tubuh kita menerima jumlah yang berlebihan.
Ads
Foto: kidspot.com.au
Dah tahu kan, jadi carilah alternatif lain untuk membalut makanan untuk dimasak. Orang dulu-dulu guna daun pisang aje bila nak memanggang dan membakar ikan, daging dan makanan laut, Malah ia menyedapkan lagi masakan kerana aroma daun pisang akan menyerap pada makanan.
Foto : kakinakl.com
Memang sukar nak cari daun pisang ni lebih-lebih lagi bagi warga kota yang tinggal di pangsapuri, flat dan kawasan perumahan lain. Tapi cuba lah elakkan menggunakannya terlalu kerap, kesihatan tu lebih penting kan.Kata orang cegah sebelum rawat tu lebih bijak.
Rujukan : iluminasi.com, metro.co.uk, Risk Assessment of Using Aluminium Foil in Food Preparation
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu yang tidak elok. Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Berikut beberapa rahsia korang boleh cuba untuk kurangkan minyak dalam masakan.
Goreng Cara Tumis/Sautee:
Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.
Guna Kuali Non Stick:
Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?
Gunakan Oil Mister
Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.
Gunakan Air Fryer
Air fryer adalah alat menggoreng yang menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.
Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolesstrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara menggoreng yang boleh diamalkan bagi mengurangkan kandungan kolestrolnya.
Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.
Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.
Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Lesung batu yang baru dibeli mungkin nampak bersih tapi sebenarnya ada kotoran yang melekat ketika proses pembuatannya.
Biasanya kita akan bersihkan menggunakan sabun sebelum diguna. Namun begitu ini bukanlah cara terbaik untuk memastikan alat penumbuk tradisional ini benar bersih. Ada cara yang perlu kita lakukan agar lesung batu baru ini bebas daripada kotoran, serbuk atau serpihan batu.
Salah satu cara yang mudah adalah menggunakan beras. Boleh lakukan langkah berikut sebelum menggunakannya kali pertama
Cara bersihkan lesung batu baru
1. Rendam lesung batu dengan air paip semalaman.
2. Keesokan harinya keluarkannya dari air rendaman. Ambil satu sudu beras dan tumbuk menggunakan lesung yang masih basah.
3. Tumbuk, lenyek, gesek beras menggunakan alu hingga kena semua bahagian dalam lesung. Tumbuk hingga beras hancur.
4. Selepas beras lumat kita akan dapati beras bertukar warna menjadi seakan warna lesung menandakan kotoran, serbuk batu yang ada pada permukaan dalam lesung sudah keluar.
5. Kemudian boleh bersih, bilas lesung batu dan ia sudah sedia untuk digunakan.
Tip ekstra
Cara pilih lesung batu yang elok
Pilih lesung yang bentuknya dalam
Alunya besar atau berat
Diperbuat daripada batu bukan marble
Selepas guna terus cuci supaya kotoran tak melekat, tak perlu guna sabun pun kerana air sabun boleh diserap dalam batu lesung.
Ketahui rahsia di sebalik bentuk dan warna kulit telur serta bagaimana ia menentukan kualiti, ketahanan dan kegunaan telur. Panduan bijak untuk memilih telur segar setiap kali anda membeli!