Tips untuk kak long yang baru kahwin untuk suami suka makan pulut durian. Banyak tengok kawan-kawan yang baru nak belajar masak, tak tahu nak masak pulut dengan elok.
Jom kita tengok tips yang diberikan Mil Wawa, yang hanya menggunakan periuk elektrik saja. Senang sangat kan?
*Jangan rendam pulut nanti bila masak, jadi lagi lembik.
*Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut. Saya letak sikit je garam nak bagi lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit sangat.
Pulut dah siap masak
*Letak sedikit minyak masak.
Ads
Contoh : 2 cup beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus hidupkan suis dan biarkan dia masak. Lepas tu bolehlah sendukkan. Periuk pun tak melekat.
*Tips kalau pulut dah masak tapi terlebih air/ lembik. Jangan risau. Letakkan sekeping roti kosong dan on suis balik.
*Opss, jangan letak roti coklat ke kismis ke, nanti jadi pulut coklat pula. Lepas tu tengok keajaiban dia. Pulut tadi jadi normal balik.
Peria; sayur biasa yang mempunyai nilai khasiat yang luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walaupun begitu, masih ramai yang kurang menggemari sayur ini dek kerana rasanya yang pahit.
foto: http://healthyliving.natureloc.com
Usah khuatir kerana ada petua untuk menghilang atau mengurangkan rasa pahit peria ini. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus.
foto: www.misslizzy.me
Pastikan tenggelam. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan toskan peria. Kemudian masaklah peria tadi mengikut resepi anda. Rasa pahit pasti berkurangan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sebagai seorang wanita, tentunya seronok bila melihat keadaan di dapur yang teratur dan tersusun kemas. Bila dapur cantik dan kemas, hati pun rasa tenang nak masak. Menurut perkongsian saudari Noor Hafiza Mohamad, berikut merupakan antara 11 item yang wajib ada untuk memudahkan kerja anda di dapur. Harga pun mampu milik.
1. WIRENET
Kenapa perlu ada wirenet? Kerana anda boleh sangkut bakul mengikut saiz yang anda suka. Anda boleh susun dan letak bahan-bahan masakan seperti minyak, garam, kunyit dan banyak lagi.
2. TEMPAT LETAK SUDIP
Nak nampak kemas, boleh susun sudip anda di tempat letak sudip ini. Tidaklah nampak serabut dapur anda nanti.
3. PLASTIK SAMPAH BASAH
Boleh beli bakul dan plastik ini di DAISO. Sangat praktikal untuk menapis sisa makanan anda. Bila dah penuh, boleh ikat dan buang terus dalam tong sampah.
4. PENGHADANG ALUMINIUM
Sangat bagus untuk mengelakkan minyak daripada terpercik ke dinding.
5. RAK GANTUNG CAWAN
Rak ini boleh beli di IKEA. Boleh gantung terbalik dan menjadi dua fungsi. Rujuk gambar di atas.
6. LACI 3 TIER
Boleh beli di online atau di kedai barangan rumah. Sesuai letak dalam kabinet yang tiada para atau di atas rak. Boleh simpan barang-baran kecil seperti sudu, pisau, cawan atau stok makanan yang belum dibuka.
7. RAK RUANG KABINET
Rak ini sangat berguna ruang di dalam kabinet. Boleh menjimatkan ruang. Ada 2 saiz yang boleh dipilih, besar dan kecil.
8. BAKUL PLASTIK
Bakul ini sangat berguna untuk letak bahan-bahan masakan seperti bawang merah dan bawang putih. Juga boleh letak barang-barang lain.
9. BEKAS SABUN
Sangat berguna! Masukkan sabun bersama air, lebihkan sabun. Memang jimat sabun berbanding celup span di dalam bekas. Air sabun pun tak kotor.
10. RAK TUDUNG PERIUK
Salah satu item yang perlu dibeli. Bila ada rak ni, segala tudung periu akan diletakkan pada satu bahagian sahaja. Barulah dapur nampak kemas.
11. HANGING BASKET
Menariknya hanging basket ini kerana ada tempat penggantung tisu. Bila nak guna, tarik je. Selain online, boleh juga didapati di MR DIY dan DAISO.
Kenikmatan sesuatu hidangan bergantung pada bahan masakan yang digunakan. Antaranya bawang merah dan bawang putih, cili, tomato, halia, lengkuas dan sebagainya yang merupakan rempah-rempah yang sering digunakan dalam masakan.
Oleh itu perencah masak yang segar akan menghasilkan masakan yang penuh aroma sebaik dinikmati. Namun ada juga yang masih tidak tahu menyimpan bahan masak apabila membeli stok yang cukup banyak. Jadi anda boleh ikut tip ini supaya stok bahan ini boleh bertahan lama.
REMPAH JENIS BIJI-BIJIAN
Salah satu jenis bahan masakan dapur yang seringkali digunakan adalah rempah ratus dalam bentuk biji-bijian. Antaranya adalah ketumbar, lada hitam dan banyak lagi. Hampir setiap jenis masakan dari bahan asas ikan dan daging seringkali melibatkan pelbagai jenis rempah ratus jenis ini untuk memberikan rasa yang lebih nikmat dan mantap.
Rempah ratus ini jika tidak disimpan dengan baik mudah berkulat. Oleh itu cara terbaik simpan dalam tempat yang tertutup dan terhindar dari cairan. Masukkan dalam bekas yang bertutup rapat. Setiap kali setelah digunakan pastikan bekas rempah ditutup dengan rapat dan disimpan ditempat yang selamat dan terkena cukup sinar matahari agar terhindar dari suhu yang lembab.
BAWANG DAN REMPAH-REMPAH
Sama caranya menyimpan rempah jenis biji-bijian, rempah menjadi sebahagian dari bahan masakan yang tidak pernah terpisahkan dari aneka masakan. Beberapa bahan yang termasuk ke dalam rempah antaranya adalah kunyit, lengkuas, kencur, bawang merah, bawang putih, pala dan banyak lagi.
Oleh kerana penggunaannya yang sering digunakan, ramai yang akan membeli bahan ini dalam jumlah banyak untuk dijadikan stok di rumah. Namun sayangnya penyimpanan bahan ini apabila tidak diperhatikan, ia akan mudah busuk dan kering. Akibatnya, kesegaran dari bahan-bahan ini akan menghilang dan bila digunakan maka rasa dari masakan akan terasa kurang nikmat.
Maka ada jenis bahan masakan ini sebaiknya tidak ditempatkan pada tempat yang terdedah pada cahaya matahari dengan terlalu berlebihan. Selain itu, elakkan pula menempatkan bahan ini pada tempat yang terlalu lembab sebab akan mudah busuk. Sebaiknya, selepas membeli segera keluarkan bahan-bahan ini dari plastik dan letakkan dalam bekas yang terbuka tanpa perlu dicuci. Anda boleh mencucinya pada masa menggunakan bahan ini nanti. Ia mengelakkan tidak akan sisa air yang membuat suhu pada bahan ini menjadi rendah. Jadi hal ini akan mengundang proses bahan -bahan ini lebih cepat membusuk.
BAHAN MASAKAN JENIS BERDAUN
Bagi menjaga kesegaran daun salam, daun pandan, serai dan masih banyak lagi sebaiknya tempatkan pada bekas yang tidak terkena dengan cahaya matahari secara langsung. Pancaran matahari akan merubah warna dan tekstur daun menjadi kering. Untuk itu, anda boleh menempatkan bahan ini di dalam peti sejuk dengan suhu yang tidak terlalu rendah. Namun sebelumnya, pastikan anda membersihkan dan mencucinya terlebih dahulu untuk menghindarkan penyebaran bakteria.
ANEKA JENIS CILI
Bukan hanya jenis dari dedaunan, cili juga seringkali menjadi bahan perencah dalam mengolah aneka jenis masakan. Sebut saja contohnya gulai, rendang dan masakan bercili. Jadi bagaimana cara menyimpan bahan yang satu ini agar tahan lama? Salah satu strategi yang dapat dilakukan adalah dengan memasukkan bahan ini ke dalam peti sejuk.
Suhu dalam peti sejuk yang cukup rendah akan dapat menjaga kesegaran dari bahan masakan ini. Sebaliknya, menempatkan aneka cili di luar mungkin membuat cili mudah kering. Apalagi bila anda hanya menempatkan bahan ini dalam bekas tertutup dan tidak dimasukkan dalam peti sejuk. Maka yang mungkin terjadi ialah cili ini akan mudah rosak.
TOMATO DAN LIMAU NIPIS
Mungkin selama ini anda sering menyimpan dua bahan memasak ini di dalam peti sejuk dengan anggapan bahan ini akan tentu lebih segar dan tahan lama. Namun sebenarnya, kena ubah cara penyimpanan tomato dan limau nipis dengan cara yang baru.
Untuk limau nipis, menempatkan bahan ini di dalam peti sejuk untuk menjaga kesegarannya. Hanya untuk buah tomato sebaiknya tidak menempatkannya dalam peti sejuk. Sebaliknya, simpan tomato dalam bekas terbuka dan pastikan tidak terpapar cahaya matahari.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!