Masak Bubur Asyura Sedap Cara Orang Utara. Begini Resipinya

Share

Enaknya Bubur Asyura. Bila tiba 10 Muharram, umat Islam akan mula membuat sajian istimewa ini bagi menandakan Hari Asyura. Ia merupakan bubur yang dihasilkan dari campuran pelbagai bahan seperti beras, aneka kekacang, daging dan sebagainya. Setiap negeri ada versi Bubur Asyura yang tersendiri. Ada yang teringin nak makan Bubur Asyura sedap versi orang Utara? Resipi perkongsian saudari Surina Abadi ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESIPI BUBUR ASYURA UTARA

BAHAN A:
2 cawan tepung beras beli online disini
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
3 cawan pati santan
4 cawan air
1 sudu teh garam
Daun pandan
1 cawan gula putih beli online disini
2 ketul kecil gula melaka beli online disini
1 cawan air

BAHAN B:
1 tin jagung 
1/2 biji labu sebelah – potong dadu
2 biji ubi keledek – potong dadu
1 cawan kacang hijau -rebus empuk terlebih dahulu
1 cawan kacang merah -rebus empuk terlebih dahulu
6 biji pisang – boleh lebihkan jika suka

CARA MEMASAK:
1. Satukan gula putih, gula melaka dan air. Masak hingga larut kemudian sejukkan.
2. Kemudian satukan semua bahan-bahan A dalam satu bekas. Bancuh hingga sebati kemudian tapis. Tuang terus ke dalam kuali.


3. Campur semua bahan B (kecuali pisang) ke dalam kuali berisi bahan A.
4. Masak guna api perlahan sambal sentiasa dikacau.
5. Bila Bubur Asyura hampir masak, masukkan pisang. Masak lagi hingga bubur nampak berkilat (anggaran masa 1 jam 20 minit), padamkan api.
6. Bubur Asyura Utara sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Surina Abadi

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN