Sangat memudahkan jika kita ada simpanan stok Tart Shell di rumah. Bila-bila masa kita boleh makan tart dengan hanya isikan filling ke dalam tart shell mengikut selera kita seperti tart keju, tart coklat, tart telur dan sebagainya.
Ads
TART SHELL GEBU
BAHAN-BAHAN:
Ads
200gm butter
420gm tepung gandum
100gm gula icing
1 biji telur saiz C
1 sudu teh esen vanilla
Ads
CARA :
1. Campurkan semua sekali bahan-bahan dan uli hingga menjadi doh.
2. Terapkan doh kedalam acuan tart yang ada.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 150-160 selama 30minit atau hingga masak.
4. Setelah sejuk simpan kedalam bekas kedap udara.
Kredit: Zaidah zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti canai antara sajian sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Lihat sahaja restoran yang menjual roti canaiyang sedap, pasti penuh dengan pelanggan. Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, agak tak berbaloi andai dibeli. Malah jika buat sendiri roti canai ni, kos penyediaannya jauh lebih murah dan boleh makan puas-puas. Rasanya pun lebih sedap dan kebersihan terjamin. Anda nak cuba buat sendiri roti canai homemade untuk keluarga? Jom belajar cara-cara pembuatannya menggunakan resipi perkongsian saudari Normarliana Abu Bakar. Sangat mudah dan dijamin menjadi.
RESIPI ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
2. Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
4. Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
5. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
6. Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
7. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
8. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
9. Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.
10. Setelah garing, angkat dan nikmati bersama kari atau kuah dhal.
Nota: Dengan menggunakan asas doh roti canai ini, anda juga boleh hasilkan roti telur, roti bawang, murtabak dan sebagainya.
Mencari hidangan minum petang atau sarapan pagi yang mudah, ringkas tapi sedap? Banana Cheese Toast lah jawapannya. Tak perlu banyak bahan, cukup sekadar lima bahan dah boleh hasilkan menu yang mantap. Boleh lihat resipi penuh di bawah. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap, enak tapi tidak terlalu berat, boleh cuba resipi Twister Ayamhomemade ala restoran makanan segera perkongsian saudari Mastura Razali ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
CARA MASAK TWISTER ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP AYAM
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.