Pyramid Madu Manuka terkenal dengan sifat anti-bakteria, anti-radang dan anti-oksidan semulajadi yang unik. Manuka Sdn Bhd teruja dengan pelancaran produk baharunya, minuman Manuka di Pusat Membeli-belah Sunway Pyramid, Selangor.

Manuka Sdn Bhd Lancar Minuman Manuka Dengan Gabungan Rasa Yang Lazat

Pelbagai jenis minuman menggunakan madu Manuka yang berinovatif ini menawarkan gabungan unik rasa dan memberi manfaat kepada kesihatan. Ia pilihan yang tepat untuk pengguna yang mementingkan kesihatan dan alternatif kepada minuman bergula.

Manuka Sdn Bhd Lancar Minuman Manuka Dengan Gabungan Rasa Yang Lazat

Terkenal dengan ciri antibakteria yang luar biasa dan pelbagai manfaat kesihatan, pihak Manuka dan rakan kongsi memanfaatkan kuasa bahan semula jadi ini untuk mencipta rangkaian minuman Manuka yang menyegarkan dan lazat bagi memenuhi pilihan dan gaya hidup yang berbeza.

Manuka Sdn Bhd Lancar Minuman Manuka Dengan Gabungan Rasa Yang Lazat

Pembukaan kedai pertama Manuka di lot LG1.112A, Sunway Pyramid merupakan momen penting bagi syarikat ini kerana ia mengukuhkan lagi kewujudan Manuka serta dapat memperkenalkan lagi produk Manuka kepada rakyat Malaysia.

IKLAN

Kedai Manuka mempamerkan pelbagai jenis minuman Manuka yang akan membuatkan pelanggan menginginkan sesuatu yang baru. “Kami teruja dengan melancarkan pelbagai jenis minuman Manuka kami ke pasaran Malaysia kerana ia boleh menjadi alternatif yang sihat dalam industri minuman.

Matlamat saya adalah untuk menjadikan minuman Manuka mampu milik dan boleh diakses oleh semua orang.

Manuka Sdn Bhd Lancar Minuman Manuka Dengan Gabungan Rasa Yang Lazat

Pasukan kami telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangunkan minuman berkualiti tinggi yang rasanya enak dan menawarkan manfaat kesihatan yang luar biasa menggunakan madu Manuka. Kami percaya produk ini merevolusikan cara orang ramai menikmati minuman mereka dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan mereka.” kata Kenny Too, Ketua Pegawai Eksekutif Manuka Sdn Bhd.

IKLAN

Manuka Sdn Bhd Lancar Minuman Manuka Dengan Gabungan Rasa Yang Lazat

Sempena pelancaran kedai minuman Manuka, pihak Manuka Sdn Bhd menawarkan promosi eksklusif kepada semua pelanggan di Sunway Pyramid – dengan menikmati tawaran Beli 1, Dapatkan 1 PERCUMA untuk semua minuman dari 26 Januari hingga 29 Februari 2024, memberikan peluang terbaik untuk merasai sendiri kebaikan minuman Manuka.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi, sila layari manuka.com.my atau ikuti @withmanuka di media sosial dengan #withmanuka #manukadrinks #deliciouslyhealthy

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ayam Masam Manis, Menu Ringkas & Mudah. Memang Menyelerakan!

Resepi Ayam Balado Sedap & Sangat Mudah Dimasak

Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI