Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah, Menu Sarapan Sedap Takkan Cukup Satu

Share

Mantou sandwich telur inti melimpah ini boleh jadi sajian makan pagi yang bukan saja enak tapi mudah disediakan.

Jika sudah rasa bosan dengan hidangan roti biasa, boleh cuba pula cara ini. Penggunaan mantou rangup bersama inti telur berkrim menjadikannya hidangan permulaan hari yang sedap tak terkata. Memang takkan cukup satu!

Resipi Mantou Sandwich Telur Inti Melimpah

Bahan-bahan

1 bungkus mantou
3 biji telur rebus
Sedikit serbuk lada sulah
2 sudu besar mayonis
Sedikit garam dan gula
Daun salad secukupnya

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan goreng mantau hingga keemasan. Angkat dan toskan.

2. Kupas telur rebus, lenyekkan dengan sudu hingga hancur.

3. Masukkan mayonis, garam, gula dan lada sulah. Gaul rata hingga sebati.

4. Belah mantau goreng tadi dengan pisau bergerigi (jangan sampai putus bahagian bawah).

5. Selitkan daun salad di bahagian tengah.

6. Isikan inti telur hingga melimpah atas mantao. Susun atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

TIP

  • Kalau nak rasa lebih kaya, boleh tambah hirisan timun atau tomato bersama salad.
  • Mantou ini boleh juga dikukus untuk versi lebih lembut dan sihat.
  • Sesuai dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau dijadikan bekal anak sekolah.

Kredit Resipi & Foto: Nur Masri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose