Makanan Ringan Kuih Gunting Kari Rangup Makan Sampai Tak Sedar Habis Licin

Share

Kadang-kadang mulut mesti rasa nak mengunyah walaupun sudah lepas makan makanan berat. Buat makanan ringan sendiri yang gerenti bebas dari pengawet dan bersih. Boleh ubah mengikut selera kita jika suka lebih pedas atau banyakkan daun kari untuk rasa kari yang kuat.


KUIH GUNTING KARI

BAHAN-BAHAN

  • *4 biji bawang besar
  • *2 genggam udang kering
  • *3 sudu besar jintan kasar
  • *3 sudu besar jintan putih
  • 1kg tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit, saya suka keras2 sikit)
  • 1 sudu besar garam halus
  • 2 genggam daun kari
  • 2 genggam daun sup
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • air secukupnya

 

CARA MEMASAK:
1. Masukkan marjerin yang dipanaskan ke dalam tepung gandum, gaulkan hingga sebati. Masukkan bahan A, gaul rata.
2. Masukkan garam, daun sup, daun kari, cili kisar. Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh.
3. Canaikan doh, kalau suka yang nipis boleh canai nipis-nipis, saya suka tebal sedikit.
4. Masak atas pan sekejap sahaja, untuk memudahkan kita gunting nanti.
5. Sedia unttk digunting, ikut suka nak gunting macam mana.
6. Goreng dalam minyak yang panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan
7. Tapis & sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit: Nurul Fasihah Zamahid

IKLAN