Makanan-Makanan Yang Dilarang & Perlu Dielak Sewaktu Berpantang.

Share

Amalan berpantang adalah satu proses untuk memulihkan tenaga selepas melahirkan bayi yang telah diamalkan sejak dahulu kala lagi. Bagi masyarakat Melayu, tempoh berpantang ini biasanya perlu dilalui selama 44 hari. Ada juga yang berpantang selama 100 hari.

Kepentingan berpantang, selain merehatkan badan selepas melalui proses kelahiran yang menyakitkan, ia juga bertujuan untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal, memulihkan rahim, menyembuhkan luka dan sebagainya. Oleh itu penjagaan dari sudut pemakanan amatlah penting dan perlu dititikberatkan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan tidak boleh diambil di sepanjang tempoh ini. Ini kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan kepada kesihatan si ibu.

 

Bagi yang bakal melahirkan bayi dan menjalani tempoh berpantang, makanan-makanan ini harus anda elak. Bukan untuk selamanya pun. Hanya tempoh seketika sahaja. Kerana makanan-makanan ini bersifat ‘sejuk’ serta boleh menyebabkan anda bentan dan bisa-bisa pada badan. Antara yang perlu dielakkan ialah:

 

1. MAKANAN BERBISA

Perlu dielakkan kerana ia bersifat ‘bisa’. Jika diambil dikhuatiri ia akan melambatkan proses penyembuhan luka serta boleh mengakibatkan pendarahan. Malah ia juga boleh menyebabkan bentan.

Antara contoh makanan berbisa:

1. AYAM

 

2.TELUR
4. IKAN BAWAL foto: www.pasartap.com

 

4. IKAN TERUBUK

 

5. IKAN PARI foto: www.pasartap.com

 

 

6. IKAN TONGKOL foto: www.segifresh2u.com

 

7. LAKSA

 

 

2. SAYURAN & BUAH SEJUK

Makanan bersifat sejuk perlu dielakkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Pengambilannya akan mengakibatkan kembung perut, kejang otot, sakit urat dan sakit-sakit badan. Bukan sahaja pada ibu malah ia juga boleh memberi kesan kepada bayi.

Antara sayur perlu elak:

1. KANGKUNG
2. PETOLA
3. TERUNG

 

4. TIMUN
5. BUNGA KANTAN foto: awsmarket.com.sg
7. DAUN KESUM foto: www.fitfab.club

 

8. BUNGA KUBIS
9. KACANG PANJANG
10. BAYAM
11. ANEKA UBI

Antara buah-buahan perlu elak:

1. PISANG
2. TEMBIKAI
3. NANGKA & CEMPEDAK

Nota: Perkongsian ini adalah berdasarkan panduan amalan dan pantang larang orang-orang tua secara tradisional. Sebarang maklumat secara lebih lanjut perlulah dirujuk kepada pakar-pakar perubatan atau pihak-pihak yang bertauliah.

IKLAN