Buat peminat K-Drama bukan hanya terbuai dengan jalan cerita malah turut terpengaruh dengan makanannya yang gerenti kuat korang terliur. Siapa pernah merasanya pasti mengakui betapa sedap makanan Korea ini.
Kini tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan Korea yang halal. Restoran Gimbap Story menghidangkan makanan yang memang sedap dan halal usahasama Nurul Farisya Ahmad dan Lee Soo Mi.
“Mengapa dinamakan Gimbap kerana Gimbap antara makanan popular di Korea. Gimbap seperti sushi kalau di Jepun. Bezanya sushi dimakan dengan kicap juga wasabi tetapi gimbap tak perlu dicicah kerana sudah dilumur dengan minyak bijan. Namun kalau nak cicah, boleh saja.Di sini makanan tidak terhad kepada gimbap sahaja. Kami menghidangkan korean street food buat masa ini. Namun di masa akan datang, bercadang untuk variasi lagi makanan sedia ada. Dari pengalaman saya di sana, saya suka both street food tetapi kalau nasi dan lauk Korea lagilah sedap dengan daging bakar,”cerita Farisya
Menu yang ditawarkan
Suasana restoran ini juga cukup santai. Dekorasinya ringkas dan cantik. Dari segi servis dan kebersihan pula, memang terbaik. Rugi kalau tak singgah!
Menu-menu yang boleh anda cuba di sini ialah Korean Street Food.
Ads
GIMBAP
Gimbap dibuat dari nasi (bap) yang digulung dengan rumpai laut kering (gim). Isi gimbap ada bermacam-macam jenis seperti Tuna, Crazy On Fire, Baby, Basic, KFC, eggbomb, Sausage& Cheese, Sambal Ikan Bilis.
Hidangan-hidangan ini bersaiz besar, jadi ianya bukan sahaja menyelerakan, malah mengenyangkan.
tuna gimbap.
crazy on fire.
TTOEKBOKKI
Ttoekbokki makanan snek Korea yang terdiri daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. Terdapat tiga jenis variasi iaitu Original, Garlic Soy Sauce, Cheese dan Egg.
Ttoekbokki original.
KOREAN FRIED CHICKEN
Merupakan “after meal-snack” yang terdiri daripada tiga jenis perasa iaitu Spicy Sauce, Garlic Soy Sauce dan Honey Butter.
KIMCHI FRIED RICE
Bahannya ialah kimchi, sayur-sayuran dan nasi.
GARLIC SOY SAUCE FRIED RICE
Bahannya terdiri daripada nasi, sayur-sayuran dan garlic soy.
PAJEON
Seakan lempeng. Terdiri daripada dua jenis iaitu Scallions dan Seafood.
Ads
BUNGEO-PPANG
Pastri Korea yang berbentuk ikan. Terdapat enam jenis filling iaitu Nutella, Custard, Cheese, Egg, Red Bean dan Kaya Pandan.
Terdapat empat best-seller makanan di sini iaitu Gimbap, Bungeo-Ppang, Ttoekbokki dan Korean Fried Chicken.
Bungeo-Ppang
Istimewanya di Gimbap Story menghidangkan:
– Gimbap dalam saiz yang besar pernah anda lihat yang sangat berpatutan pada harga.
– Ttoekbokki yang mempunyai kombinasi rasa manis, pedas dan rice cake yang kenyal yang sedap.
– Bungeo-Ppang yang rangup di luar, penuh dengan isi di dalam, terdapat enam jenis pilihan.
-KFC, Rasa ayam yang rangup di luar, disaluti dengan tiga jenis perisa yang kaya dengan rasa tersendiri.
Jadi apa yang buat ayam goreng ini begitu istimewa? Tentulah bahan perapannya, sama ada gabungan kicap dan bawang putih, atau pes cili merah yang pedas dan manis. Kedua-duanya buat anda ketagih!
Jika ke sini, jangan terlepas peluang minum Coffee Salted Caramel, Pinky Promise dan Peachy Lychee. Rasanya susah nak cakap, korang kena rasa sendiri.
coffee salted caramel.
Ads
Bagi yang tidak mahu dine-in , boleh saja buat pesanan di Grab Food, Food Panda, Orderla dan Beepit.
Orang-orang Bandar Sunway, Kelana Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kuala Lumpur, korang kena cuba makanan di sini. Gimbapnya besar dan puas makan.
Gimbap Story
No 47, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway
Subang Jaya, Selangor
Operasi:
Isnin -Sabtu bermula jam 12pm – 7.30pm.
Tutup setiap Ahad
Jika anda ingin menikmati masakan Pahang yang sedap dan tempatnya yang menarik dengan hiasan barang-barang lama, elok sangat singgah ke Kuantan admin sarankan anda ke Restoran Jaman Tory Bagi untuk menjamu selera, lokasinya di kawasan rumah kedai Taman Kota Ria bersebelahan dengan Perumahan MBSB di Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Apa yang menarik di restoran ini adalah menu masakan Pahang yang pelbagai dan menarik perhatian pengunjung. Antara salah satu tarikan menunya adalah Nasi Goreng Cheese Terbakar di mana ianya dihidangkan dalam aluminium foiled beserta dengan api diluarnya. Anda boleh menikmati ketika masih panas, yang penting jangan lupa ber’selfie’.
Patin Bakar Tempoyak
Antara menu makanan popular di Restoran Jaman Tory ialah Set Daging Salai (Masak Lemak Cili Api), Patin Bakar Tempoyak, Patin Goreng Panas-Panas, Ikan Kerai Goreng, Set Patin Tempoyak, Set Ayam Kampong, Sup Ayam Kampung, Set Burung Putuh Goreng, Yasai, Moyashi, Cisstebakorweh, Nasi Goreng Juara, Nasi Goreng Burung Puyuh, Nasi Goreng Ayam Kampung, Nasi Goreng Petai, Juara Char Kuew Teow, Mee Hailam C.K.T, Sizzling, Mee Sup Kole Triang, Kerang Rebus, Kerang Bakar Mee Rebus JT dan termasuk juga Rojak Buah-Buahan Tempatan.
Populariti Restoran Jaman Tory semakin terselah sehingga menarik perhatian pelanggan terutamanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air untuk singgah menjamu selera di sini. Antara artis-artis terbabit ialah Aznil Nawawi, Fahrin Ahmad, Nassier Wahab dan ramai lagi.
Kalau teringin nak cuba boleh lah singgah restoran ni.
Peminat makanan laut mesti suka kalau makan shell out di Uncle Crab. Restoran ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Apa yang menarik adalah shell out di sini menggunakan rempah ratus istimewa.
Jika anda ingin menikmati hidangan shell out, boleh cuba di sini. Uncle Spice Sauce pasti membuatkan anda teringat-ingat akan betapa sedapnya rasa shell out di sini. Terdapat tiga set berbeza shell out yang dinamakan Uncle’s Pack. Ada Slim Uncle, Big Uncle dan Fat Uncle. Penggemar makanan laut seperti ketam, udang galah, lala dan sotong pasti akan menyukai shell out dengan sos istimewa.
Inilah kelainan yang cuba dibawakan oleh Uncle Crab. Shell out dinikmati dengan sos istimewa. Hasilnya shell out lebih sedap dan rasanya cukup lengkap dengan adanya rasa masam, masin, manis dan pedas.
Tak terucap dengan kata-kata bila makan pisang goreng dengan aiskrim. Aduhai, sedap betul. Pulut mangga pun sedap. Di sini, kalau mangga masam, takkan dihidang pada pelanggan. Mereka cuba rasa dulu. Kalau manis, barulah mangga tu dihidangkan. Jadi korang jangan risau, memang manis mangganya.
Pulut mangga ni memang sedap.
Restoran ini boleh memuatkan 60 orang dalam satu masa. Waktu operasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Pada hujung minggu pula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Jika ingin mengubah kelainan rasa dan menu santapan untuk berbuka puasa nanti, bolehlah berkunjung ke Rasa Lama di SS15 Subang Jaya.Restoran ini menawarkan hidangan bufet dengan pelbagai juadah lazat dan menyelerakan khususnya bagi para pengunjung yang ini berbuka puasa secara bufet.
Bertemakan tradisional dan makanan Malaysia, bufet “Selera Orang Lama” diperkenalkan sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.Menu yang dibawa kali ini bakal mengembalikan nostalgia kepada penggemar makanan tempatan dan juga peminat makanan ala kampung.
Chef Ashraff merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan menu-menu ini di bulan Ramadan kali ini.“Tema bufet Ramadan tahun ini bakal mengembalikan nostalgia kita semasa kecil dahulu,” katanya.
Selera Orang Lama merupakan bufet yang dihidangkan khusus untuk mengembalikan menu-menu makanan gaya orang kampung namun makanan Barat juga tidak ketinggalan dihidangkan kepada penggemar lain.
Rasa Lama memang berhasrat untuk menghidangkan makanan gaya kampung yang diolah bagi memenuhi cita rasa sekarang kerana berpendapat menu makanan ini masih mendapat tempat di hati para penggemar masakan kampung.
Antara menu utama yang dijangka menjadi pilihan para penggemar ialah kambing bakar yang dipanggang perlahan yang digandingkan dengan sos Rasa Lama, sos pudina atau jus rosemary.
Bagi pembuka selera, Selera Lama menghidangkan ulam-ulaman seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan banyak lagi.Ulam-ulaman ini akan dihidangkan dengan pelbagai menu pilihan sampingan seperti Sambal Belacan, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan banyak lagi.
“Malah bagi yang ingin menikmati pilihan menu lain kami turut menyediakan Gado-gado dengan Kuah Kacang asli dari Indonesia, selain tambahan pembuka selera seperti Keropok Ikan, Udang, Malinjo, Sayur dan Papadom,” katanya.
Tidak ketinggalan pilihan nasi seperti Nasi Hujan Panas, yang merupakan hidangan asli dari Terengganu yang terkenal dengan kepelbagaian asli cita rasa Melayu.
Adalah tidak lengkap jika para pengunjung menikmati hidangan tanpa disediakan hidangan kuih muih seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Seri Ayu, Kuih Keria dan lain-lain.
Akhir sekali sebagai pencuci mulut Rasa Lama menghidangkan hidangan Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam atau ABC. Bagi pencinta manisan ala Barat, pengunjung boleh menikmati Panacotta dan krim karamel.
Tidak ketinggalan juadah minuman yang menyegarkan selepas seharian kita berpuasa dengan Rasa Lama menghidangkan minuman lazat seperti Jus Kurma, Air Jagung bersama Air Tebu, Sirap Bandung, Asam Boi Limau, Soya Bean dan tidak ketinggalan Teh Tarik dan Nescafe Tarik.
Chef Ashraf berkata, bufet Ramadan ini akan mula dihidangkan setiap hari bermula pukul 6:30 petang hingga 9:30 malam dari 18 April hingga 12 Mei.
Harga untuk menikmati bufet Ramadan yang lazat ini ialah RM69 bersih untuk dewasa dan RM35 bersih untuk kanak-kanak.
Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Restoran Rasa Lama.