Makan Dengan Sambal Cencalok Bunga Kantan & Serai, Mesti Orang Lalu Lalang Kita Tak Nampak

Share

Cencaluk dibuat dari udang geragau yang cukup terkenal di negeri Melaka. Selalunya ia makan dengan cili padi potong dan perahan limau. Kali ini kita tambah bahan yang akan menambah kesedapan cencalok.

SAMBAL CENCALOK BUNGA KANTAN DAN SERAI

  • Cencalok
  • Cili padi kampung
  • Bawang merah
  • Serai
  • Bunga kantan
  • Limau (nipis atau kasturi )

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Mayang halus semua bahan-bahan.
  2. Satukan semua bahan-bahan ikut citarasa anda (kalau suka lagi pedas boleh tambahkan cili atau suka lagi masam lebihkan perahan limau).

INFO:

  1. Boleh makan dengan ikan goreng tawar, ikan panggang.
  2. Kalau suka boleh masukkan daun pudina dan sedikit gula.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Fazilah Jsd JB

 

 

IKLAN