Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Serunding Halia Bagus Untuk Buang Angin Dalam Badan

Share

Bagi ibu-ibu yang melalui proses berpantang, pastinya akan berasa bosan makan menu ‘sihat’ setiap hari. Apa kata cuba serunding halia ini, pasti berselera!

Jika mahu lebih sedap, boleh ditambah ikan bilis yang digoreng garing. Halia dan bawang putih amat bagus serta membantu membuang angin dalam badan.

Bagi yang nak buat sendiri serunding halia ini, boleh cuba resipi daripada Azizah Salleh.

SERUNDING HALIA

BAHAN-BAHAN:

1kg halia – beli online di sini
2 sudu lada hitam | disangai dan dikisar – beli online di sini
3 labu bawang putih | hiris nipis tapi jangan terlalu nipis – beli online di sini
300gm ikan bilis – beli online di sini
2 sudu kecil garam

CARA-CARA:

 

1.Halia dibersih, parut, buang airnya (perah) dan digoreng garing. Angkat dan toskan minyaknya. Biarkan sejuk.


2.Kemudian, lada hitam disangai dan dikisar. Selepas itu, ambil dalam 2 sudu sahaja.
3. Goreng bawang putih sehingga garing. Sejukkan.


4.Goreng ikan bilis sehingga garing dan sejukkan. Kemudian, dikisar kasar.


5. Masukkan semua bahan dalam mangkuk, masukkan garam. Gaul sebati. Siap!


6. Sedap dimakan dengan nasi panas. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

*boleh gunakan alat pemarut ini untuk parutan kasar.

Kredit resipi & foto: Azizah Salleh

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

IKLAN