Teringin nak makan Mi Udang Penang yang sedap? Saudara Muhsein Muh ada kongsikan resipi Mi Udang Periuk dari Penang resipi dari ibunya. Resipi ringkas sahaja tapi lihatlah kuahnya, sangat membuka selera. Sesuai untuk sajian 6-8 orang. Jom cuba!
1 genggam cili kering – beli online disini
2 biji ubi keledek merah – rebus terlebih dahulu
2 biji ubi kentang – rebus terlebih dahulu
1/2 genggam kacang tanah – beli online disini
Udang segar secukupnya – untuk kisar dan dimasukkan ke dalam kuah
1 biji bawang merah besar – kisar halus
3 ulas bawang putih – kisar halus
Sos tiram secukupnya – beli online disini
1 tangkai daun sup
1 biji tomato
Garam, gula dan perasa secukupnya
1 paket mi kuning
Tauhu – digoreng
Bawang goreng – beli online disini
Tauge dan telur rebus
Limau kasturi
1.Kisar cili kering bersama isi udang dengan secukupnya. Jika mahu kisar udang bersama kulit dan kepalanya, kisar secara berasingan, tapis dan barulah dicampur bersama kisaran cili.
2. Seterusnya kisar pula ubi keledek merah, ubi kentang dan juga kacang tanah.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
4. Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan juga air. Sebatikan.
5. Bila kuah mula mendidih, masukkan sos tiram, daun sup dan hirisan tomato. Masak lagi hingga sekata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan udang. Biar hingga udang masak sepenuhnya.
Kredit resipi & foto: Muhsein Muh
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official