Mahukan Air Katira Versi Ekspres dan Sedap, Begini Cara Buatnya

Share

Sedapnya dapat menikmati air katira, lebih-lagi untuk berbuka puasa. Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan air katira resipi asli. Tapi, jika nak juga merasa, boleh cuba resipi air katira versi ekspres ini.

Perkongsian daripada Mas Azuan ini memberikan resipi cara membuat air katira yang dikongsikan menerusi Az Za daripada penjual di Bazar Ramadan. Wah, pasti sedap walaupun tidak sama dengan yang resepi asli dari Johor. Namun, tetap mempunyai rasa yang sedap dan tersendiri. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

1 tin susu cair – Boleh beli online di sini

1 tin susu pekat – Boleh beli online di sini

1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen) – Boleh beli online di sini

Pewarna hijau 

Gula secukup manis

Cincau 

Biji selasih – Boleh beli online di sini

CARA MEMBUAT:

Rendamkan biji selasih dengan air panas terlebih dahulu supaya mengembang.

Hingga jadi kembang begini.

Sagatkan cincau hingga halus begini.

Masukkan susu cair, susu pekat, esen pisang, pewarna, air, ais dan gula ke dalam gelas atau jag.

Kacau sebati dan masukkan cincau serta biji selasih.

Siap!

Kredit: Mas Azuan

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN