Sedapnya dapat menikmati air katira, lebih-lagi untuk berbuka puasa. Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan air katira resipi asli. Tapi, jika nak juga merasa, boleh cuba resipi air katira versi ekspres ini.
Perkongsian daripada Mas Azuan ini memberikan resipi cara membuat air katira yang dikongsikan menerusi Az Za daripada penjual di Bazar Ramadan. Wah, pasti sedap walaupun tidak sama dengan yang resepi asli dari Johor. Namun, tetap mempunyai rasa yang sedap dan tersendiri. Jom kita cuba.
Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling ditunggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
CARA MASAK BANCUHAN SIRAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Sirap bunga telang, nampak pun dah menggiurkan terutama bulan puasa ini. Jika ada menanam pokok bunga telang ini di rumah, apa kata gunakan untuk membuat minuman istimewa ini untuk berbuka puasa nanti.
Sirap bunga telang ini juga punya khasiat tersendiri kerana tumbuhan ini memang diketahui ada banyak manfaat untuk kesihatan. Dikongsi Ibu Azzah, air ini dah tentu menyegarkan tekak yang seharian menahan dahaga apatah lagi dengan gabungan laici, lemon dan juga selasih. Memang lain dari yang lain.
Sirap bunga telang air istimewa banyak khasiat
Bahan A
2 genggam atau 150g bunga telang (basuh bersih dan toskan)
2000ml air
3 helai daun pandan (simpulkan)
5 batang serai (ketuk)
Bahan B
1 plastik besar air batu
1 bekas besar nata de coco (laici)
2 tin laici
150g biji selasih (rendam dalam air sehingga kembang)
13 batang serai (ketuk)
10 tangkai daun pudina (ambil daunnya sahaja)
5 biji lemon (hiris nipis)
Bahan C
Air gula (perlu dimasak asing dan di isi di dalam cawan apabila hendak diminum sahaja)
Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus anggaran 10 ke 15 minit, kemudian tapis.
2. Kemudian, masukkan semua bahan B ke dalam balang berserta air rebusan bunga telang, kacau sebati.
3. Masukkan air gula ke dalam cawan dan diikuti bancuhan air bunga telang. Sedia untuk di minum.
Nota: Sukatan bahan untuk kuantiti balang, boleh kurangkan untuk hidangan keluarga.
Panas begini sedapnya hirup kopi ais yang padu rasanya. Nak buat sendiri, boleh cuba cara yang dikongsi oleh Ben Safwan ni. Serbuk kopi premium Ben guna, warna hitam tak terlalu terang. Sukatan ini untuk 1.6 liter. Korang memang kena buat , kaw kaw sedapnya.
Resipi Roasted Chicken Wings ala Pizza Hut yang sangat sedap, mudah dan berbaloi. Ikuti langkah lengkap untuk hasil panggang yang juicy, enak dan memikat selera keluarga.