MAGGI baru-baru ini telah memperkenalkan rangkaian mi segera yang baharu, MAGGI Nutri-licious, khusus untuk pengguna yang mencari pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. MAGGI Nutri-licious menjadi mi segera pertama di Malaysia yang diiktiraf dengan logo Pilihan Lebih Sihat. Ini merupakan satu inisiatif pelabelan bahagian hadapan pembungkusan oleh Kementerian Kesihatan bagi pilihan makanan yang lebih sihat.

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng NUTRI-LICIOUS Yang Lebih Sihat

MAGGI Nutri-licious menawarkan dua pilihan berinspirasikan Itali, Aglio Olio dan Tomato Delight. Kedua-dua mi segera ini diperbuat daripada tepung gandum bijian penuh dari Australia. Mi ini juga dihasilkan melalui teknologi pengeringan udara dan tanpa digoreng untuk mengurangkan kandungan lemak dan mencapai tekstur mi yang lebih kenyal. Selain daripada kebaikan bijian penuh, mi ini juga menjadi sumber protein, serat dan vitamin B6 bagi memberikan pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga.

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, MAGGI Nutri-licious diperkenalkan tepat pada masanya ketika trend makanan dan gaya hidup sihat menjadi semakin popular. “Makanan ruji bagi rakyat Malaysia kebanyakannya ialah nasi dan mi. Menyedari tentang perubahan trend kesihatan dan peningkatan bilangan pengguna yang peka dengan kesihatan mereka, maka kami telah menambah baik mi segera kegemaran Malaysia dengan menawarkan buat pertama kali, rangkaian mi segera MAGGI yang lebih sihat dan dipenuhi dengan nutrien penting seperti protein dan serat.

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng NUTRI-LICIOUS Yang Lebih Sihat

IKLAN

Selaras dengan janji jenama kami, Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan, MAGGI terus menyokong pemilihan makanan yang lebih sihat dan lebih enak melalui inovasi produk kami yang terkini selepas mendapat gambaran tentang gaya hidup, tabiat penggunaan dan trend pemakanan mereka. Pengguna yang mencari hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan serta mudah disediakan kini mempunyai pilihan yang lebih sihat untuk dinikmati. Mereka juga digalakkan untuk menambah sayur-sayuran dan sumber protein kegemaran seperti udang, sotong, daging atau telur untuk hidangan yang seimbang dan lebih berkhasiat,” kata Juan.

Mi yang baharu ini menawarkan cita rasa Eropah melalui dua pilihan ala Itali yang enak dan belum pernah dibuat sebelum ini. Tomato Delight merupakan gabungan perisa masam manis pes tomato manakala Aglio Olio pula menggunakan minyak bawang putih yang menyelerakan untuk membangkitkan selera penggemar.

IKLAN

Sebagai langkah permulaan oleh jenama MAGGI di Malaysia, MAGGI Nutri-licious menggunakan 30% pembungkusan plastik boleh kitar semula untuk bungkusan luaran bagi menyokong usaha memelihara alam sekitar. Usaha ini mengukuhkan lagi komitmen Nestlé dalam memenuhi matlamat syarikat untuk mengurangkan penggunaan plastik yang baharu sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2025.

Pakar dietetik Indra Balaratnam menyarankan pengambilan bijian penuh dalam diet harian. Bijian penuh adalah berkhasiat serta kaya dengan serat makanan, vitamin dan mineral untuk memberikan pelbagai manfaat kesihatan. “Pengambilan bijian penuh dikaitkan dengan kadar risiko penyakit jantung, diabetes Jenis 2 dan sesetengah jenis kanser yang lebih rendah, selain menyokong fungsi penghadaman dan pengurusan berat badan.”

IKLAN

Indra juga menekankan bahawa kita perlu menganalisis ramuan dan nilai pemakanan makanan yang dimakan. “Hidangan yang seimbang adalah sangat penting – setiap orang digalakkan untuk mengamalkan konsep “Suku Suku Separuh” ke arah membentuk tabiat makan yang lebih sihat,” tambah Indra.

Maggi Memperkenalkan Mi Bijian Penuh Tanpa Goreng NUTRI-LICIOUS Yang Lebih Sihat

Konsep Suku Suku Separuh Pinggan Sihat Malaysia merupakan teknik visual pantas untuk membantu merancang hidangan yang seimbang dengan membahagikan makanan di dalam pinggan dengan cara berikut:
Suku pinggan dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi atau roti
Suku pinggan dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging atau telur
Separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang MAGGI Nutri-licious, sila layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-nutri-licious/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI