Macam Ni Rupanya Cara Nak Buat Sambal Ikan Bilis Rangup

Share

Siapa di sini yang suka sambal ikan bilis rangup seperti yang orang jual di kedai? Min memang peminat setia sambal ikan bilis. Jadi bila dah jumpa resipi mudah untuk membuatnya, memang seronok.

Tambah bila waktu PKP begini, masak banyak boleh simpan buat stok. Nak makan pun senang, ambil terus.

Terima kasih buat Hasniza Hassan yang sudi berkongsi resipi istimewa ini. Jom kita buat.

SAMBAL IKAN BILIS RANGUP

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk ikan bilis | dibasuh dan dikopek – beli online di sini


2 biji bawang besar | hiris nipis atau dimayang – beli online di sini
5 ulas bawang putih | hiris nipis atau dimayang – beli online di sini
20 tangkai atau segenggam cili kering – beli online di sini 
1 keping asam keping – beli online di sini
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini

CARA-CARA:

1.Campurkan kesemua tiga jenis tepung dan gaul sebati.


2. Gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Ketepikan.

3. Kemudian, masukkan bawang. Gaulkan rata.


4. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng dahulu bawang secara berasingan. Goreng hingga garing. Jangan terlebih nanti hangit dan pahit. Angkat dan toskan.


5. Goreng pula ikan bilis hingga garing. Dah garing angkat dan toskan.


6. Basuh bersih cili kering. Kemudian, goreng sekejap saja. Jangan lama sebab cili kering mudah hangus.

7. Kemudian kisar kering cili kering.


8. Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering dan masukkan garam, gula serta asam keping. Sentiasa kacau ya. Lebihkan gula kalau cili kering pedas.


9. Kemudian tutup api dan sejukkan sambal. Bila dah sejuk, masukkan kesemua bahan yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.


10. Bila dah sebati bolehlah dihidang. Buat banyak, boleh masukkan dalam botol, simpan buat stok.

Kredit resipi & foto: Hasniza Hassan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN