Untitled design - 2019-12-06T101110.112

Cuti sekolah sudah bermula. Sementara cuti sekolah ni masa untuk bonding dengan anak-anak dengan menyediakan masakan kegemaran mereka . Walaupun ringkas , pastikan ia tidak menjemukan mereka untuk menikmatinya. Bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Imelda Haris, Mac & Cheese. Buatnya sangat mudah , campak campak siap. Kalau dah ada resipi utama kita, mestilah kena ada resipi pencuci mulut tau. Krim Labu Manis yang sangat sedap dengan rasa lemak labu tu. alalalalala memang “terangkat” keenakannya tau!
Boleh cuba nanti ye semua.

Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat

Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat
Mac & Cheese
Bahan-bahannya:

500g macaroni –direbus sehingga aldente
1 litre susu segar
2 cawan keju cheddar
1 cawan keju mozzarella
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
7 biji cendawan butang perang- dihiris nipis
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam dan lada hitam

Cara memasak:
1.Panaskan mentega dengan bawang putih sehinga wangi.
2.Kemudian masukkan tepung sehingga menjadi sedikit kuning keemasan.
3.Masukkan susu dan kemudian keju sehingga kuah pekat.
4.Masukkan lada hitam dan sedikit garam.
5.Seterusnya cendawan dan gaul rata.
6.Tuang macaroni dan gaul sebati.
7.Sedia untuk dihidang.

IKLAN

Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat
Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat
Krim Labu Manis Dan Kekacang

Bahan-bahannya:

IKLAN

½ biji isi labu kuning – direbus sehingga masak dan dilenyek
1 kotak kecil krim
1 tin susu cair
Sedikit buah badam untuk hiasan

Cara memasak:
1.Masukkan susu cair, krim dan gula. Gaul hingga rata.
2.Masukkan isi labu dan pastikan sebati.
3.Setelah mereneh, kisar dengan hand blender sehingga krim labu halus. Tutup api.
4.Hidangkan dengan taburan badam di atas krim. Enak dihidang panas ataupun sejuk.

IKLAN

Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat

Mac & Cheese Air Tangan Chef Imelda Memang Terangkat

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI